14 December 2013

PENEMPATAN LATIHAN DIETETIK V BAGI PELAJAR PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA DIETETIK (KEPUJIAN) UniSZA


  Bermula dari 3 Mac 2013 sehingga 4 April 2013, UPD telah menerima 2 orang pelajar dari UniSZA untuk menjalankan latihan dietetik V. Dua orang pelajar ini dari program Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA. Mereka merupakan pelajar tahun akhir yang perlu diberikan pendedahan dengan lebih mendalam disamping memenuhi keperluan kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Dietetik. Mereka menjalani latihan dietetik klinikal dan unit khusus.
 
Perjalanan latihan ini berlangsung lebih kurang  5 minggu. Pelajar didedahkan kepada empat disiplin, iaitu Medikal dan Surgeri Am, yang diselia oleh Cik Hajra dan Pn Nisah. Disiplin Paediatrik dan O&G diselia oleh Pn Kamarul Azmanie dan Pn Ruqayyah. Disiplin Surgeri HDU dan Burn Unit diselia oleh Pn Syarahani dan Pn Rimei. Disiplin ICU & CCU diselia oleh Pn Siti Azima dan Pn Ruhani.

    Proses pembelajaran adalah latihan praktikal kepada para pelajar. 

DUA ORANG PELAJAR YANG TERLIBAT
ASMA IQLIMA BINTI ADAM DAN SITI KHALIDA BINTI ABDULLAH


No comments: