31 July 2020

COVID'19

Akibat penularan Coronavirus yang melanda Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

Oleh itu, pihak HUSM telah mengambil inisiatif untuk meminimumkan perkhidmatan klinik-klinik yang berada di hospital, termasuk Klinik Dietetik. Untuk Klinik Dietetik, kes-kes yang diterima hanyalah yang memerlukan intervensi segera seperti kes Gestational Diabetes Mellitus (GDM), Kanser atau Ryle's Tube Feeding. Selain dari itu, bilangan pesakit yang dimasukkan ke wad juga dihadkan.