28 February 2020

CSSE BIL 2/2020

Pada 4 Februari 2020 yang lalu, satu sesi CSSE telah diadakan bagi sesi pembentangan oleh pelajar Dietetik UITM Puncak Alam yang telah menjalani praktikal perkhidmatan makanan di dapur UPD, HUSM.

Pembentangan ini telah dibentangkan oleh 4 orang pelajar iaitu:

  1. Nik Husna Diyana Nik Rahimy
  2. Mohd Firdaus Mat Razali
  3. Nur Anis Syahida Rosli
  4. Siti Norzulaika Zakaria
Terdapat 2 tajuk telah dibentangkan iaitu:
  1. Laporan Latihan Perkhidmatan Makanan di UPD
  2. Mini Projek: Analisis Nutrien Menu di Hospital USM

CSSE BIL 1/2020

Pada 20 Januari 2020 yang lepas, satu sesi CSSE telah diadakan dengan tajuk Pengenalan KIK dan LEAN. Pembentangan CSSE ini telah dibentangkan oleh Pn. Khairun Nisah.

Tujuan sesi CSSE ini diadakan untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai projek LEAN dan KIK supaya semua projek yang dijalankan pada tahun 2020 berjalan dengan lancar seperti mana panduan yang digariskan untuk setiap projek.



Lawatan UITM Cawangan Machang

Pada 13 Januri 2019 yang lalu, seramai 24 orang pelawat dari UITM Machang yang terdiri daripada staf asrama dan perwakilan pelajar telah mengadakan lawatan ke Dapur HUSM.

Program tersebut bermula dengan taklimat mengenai UPD yang disampaikan oleh Pn Rimei Salha. Selepas itu, para pelawat telah dibawa ke dapur untuk sesi lawatan.