16 January 2024

Sesi CDE Bil 1/2024

 UPD, Hospital USM - Pada tarikh 16 Januari telah diadakan sesi CDE Bil 1/2024 yang mana wakil Syarikat Attivo Healthcare Sdn Bhd iaitiu Ms Chen Zi Xin (Bsc Dietetics, UPM) telah menyampaikan pembentangan formula susu bertajuk "Formula Nutrisi Untuk Pemulihan di Hospital: NFA Nutrile dan Insulle". CDE ini telah diadakan di Bilik Operasi, UPD, Hospital USM berkolaborasi dengan Caring Pharmacy Sdn Bhd.










Bengkel Staf UPD : Campus Online; My PERFOMANCE

 16/1/2024, UPD, HUSM- Bengkel ICT dalam kalangan staf UPD telah diadakan bertempat di Makmal Komputer, Hospital USM. Terdapat dua sesi diadakan iaitu sesi pertama pada jam 8:30 pagi-10:30 pagi dan sesi kedua pada 10:30 pagi - 12:30 tengah hari. Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel ini. Antara objektif utama termasuklah memastikan semua staf dapat meningkatkan kemahiran menggunakan MyPerfomance dengan mengisi JD dan SKT. Selain itu, dapat membina kemahiran IT serta dapat memberi pendedahan kepada staf kepentingan mengenai sasaran tahunan serta prestasi masing-masing. Dalam masa yang sama, staf juga mendapat mata CPD bagi kursus ICT sebanyak 3 mata.
















9 January 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024


 9/1/2024 - Selamat Tahun Baru 2024 diucapkan kepada semua 💓. Diharapkan pada tahun ini semua staf dan Unit Pemakanan dan Dietetik sentiasa diberkati Tuhan, dipermudahkan segala urusan serta dalam keadaan sihat walafiat. Pada tahun ini, aktiviti pembukaan tahun 2024 dimulakan dengan Mesyuarat Unit Pemakanan dan Dietetik yang bertempat di Bilik Operasi UPD. 

    Antara intipati mesyuarat, adalah mengenai garis masa mengenai beberapa audit, pembaharuan persijilan halal, makan malam tahunan UPD, peralihan tugas, mengenai aset UPD dan sebagainya.      




                                              

5 November 2023

Penjualan Hasil Tanaman Hidroponik Unit Pemakanan dan Dietetik

 5 November 2023- Bak cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah perumpamaan daripada hasil tuaian Pasukan Kelestarian Unit Pemakanan dan Dietetik , Hospital USM yang segar dan bebas kimia. Tanaman yang dituai memberi hasil yang cukup lumayan dan memberi satu kepuasan kepada seluruh staf Unit Pemakanan dan Dietetik kerana Pasukan Kelestarian telah berjaya dalam tanaman hidroponik yang dilakukan julung kalinya pada tahun ini menyahut seruan bagi memperkasa dan melaksanakan kelestarian Green Office. Hari ini telah berlangsungnya penjualan sayuran hsail tanaman hidroponik yang dituai dan dipetik oleh Pasukan Kelestarian termasuklah Puan Ruqayyah, Pegawai Dietetik dan Encik Khairul, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan. Penjualan ini mendapat sambutan baik dan Puan Wan Rimei Salha juga telah memberi penghargaan kepada Pengarah Hospital, Dato' Dr Nik Hishamuddin serta Timbalan Pengarah Operasi, Encik Saberi.





26 October 2023

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Hidroponik "Green Office" Kampus Kesihatan 2023

26 Oktober 2023- Unit Pemakanan dan Dietetik telah dinobatkan sebagai Johan bagi Pertandingan Tanaman Hidroponik "Green Office" Kampus Kesihatan 2023. Puan Wan Rimei Salha selaku Ketua UPD dan pasukan kelestarian UPD telah menerima hadiah hamper dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengarah Kampus Kesihatan Profesor Dr Shaharum bin Shamsuddin. Kejayaan UPD ini adalah hasil kerjasama dan kesungguhan pasukan kelestarian yang diterajui oleh Puan Ruqayyah, Pegawai Dietetik dan Encik Khairul Penolong Pegawai Penyediaan Makanan serta ahli jawatankuasa kelestarian yang lain. Segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ilahi atas kejayaan yag diperoleh.

Untuk makluman semua, pertandingan ini merangkumi tanaman hidroponik yang diusahakan di belakang dapur hospital USM menggunakan bahan terpakai dan juga batang paip yang dijadikan tempat penanaman sayur-sayuran segar seperti sawi, park choy dan lain-lain lagi. Selain daripada itu, turut disambut baik oleh semua staf UPD untuk mengamalkan amalan lestari seperti mengitar semula kertas-kertas terpakai, melakukan penjimatan elektrik dengan mengurangkan penggunaan lampu di dalam bilik yang tidak digunakan, mengurangkan penggunaan plastik malahan membawa bekas sendiri. UPD juga telah memastikan dengan meletakkan tong sampah kitar semula di pejabat UPD dan Klinik Dietetik. Bagi menyambut baik seruan Kampus Kesihatan untuk menjadi Green Office, beberapa pokok dan tumbuhan segar telah diletakkan di pejabat bagi mengharmonikan pejabat. Audit Kelestarian telah diadakan pada 17 Oktober 2023 yang lalu.





Diharapkan amalan kelestarian ini dapat diteruskan di UPD dalam kalangan staf bagi memastikan pelaksanaan dan pemerkasaan kelestarian di Hospital USM dapat diteruskan secara konsisten sehingga ke generasi yang seterusnya.




15 October 2023

Taklimat Latihan Klinikal 1 & White Coat Ceremony

 15 Oktober 2023 - Taklimat Latihan Klinikal 1 dan White Coat Ceremony telah diadakan untuk pelajar tahun akhir Bachelor Sc Dietetics USM, Kampus Kesihatan bertempat di Bilik Tutorial PPSP pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Taklimat ini didahului dengan ucapan daripada Penyelia Pelajar Tahun Akhir Dietetik Dr Divya, seterusnya Encik Faizal selaku urusetia latihan pelajar tahun akhir dengan memberi sedikit taklimat mengenai Unit Pemakanan dan Dietetik, HUSM. Akhir sekali White Coat Ceremony dijalankan dengan ucapan ikrar daripada semua pelajar Tahun Akhir Ijazah Sarjanan Muda Dietetik, USM.











12 September 2023

Majlis Bersama Pengarah sempena 40 Tahun Hospital USM anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik

 Unit Pemakanan dan Dietetik, September- Pada 12 September 2023, Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan Majlis Bersama Pengarah 2023 sempena 40 Tahun Hospital USM di Auditorium Pentadbiran Hospital USM. Majlis bermula pada jam 8:30 pagi dengan pendaftaran oleh para peserta dan staf USM yang hadir. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Pengarah Hospital USM , Dato Dr Nik Hishamuddin dan Timbalan Pengarah Operasi Encik Saberi. Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Faizal serta tayangan video perkenalan Unit Pemakanan dan Dietetik seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Hospital bagi merasmikan Klinik Dietetik Secara Maya. Perasmian Klinik Dietetik Secara Maya ini diserikan lagi dengan tayangan video montaj serta gimik perasmian yang disampaikan oleh Encik Wan Muhammad Ameerul Azeem. Antara intipati menarik dalam majlis ini ialah Forum Bariatrik Bukan Magik yang disampaikan oleh tetamu jemputan Puan Siti Azima, Dr Aisyah Che Rahimi dan Encik Ariezal yang mana Encik Faizal menjadi moderator forum tersebut.

Majlis ini dimeriahkan lagi dengan pameran-pameran pemakanan, booth food taster overnight oats sihat dibawakan oleh UPD, saringan kesihatan data antorpometrik, penjualan coffee lazat, nasi arab, kuih-muih dan booth kecantikan Mary Kay juga turut serta. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengah hari.