15 August 2020

Audit Pensijilan Halal Malaysia 2020

Bertarikh 14 Julai yang lalu, satu Audit Pensijilan Malaysia telah diadakan di Unit Pemakanan dan Dietetik HUSM (UPD). Audit tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).




Audit bermula pada jam 9.00 pagi dan sepanjang audit berlangsung, Pegawai Auditor telah diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Taskforce Halal yang terdiri daripada beberapa Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.