19 December 2012

PERJUANGAN D'MENSI DITERUSKAN: KONVENSYEN ICC KEBANGSAAN 2012

Dengan berbekalkan ANUGERAH EMAS, sekali lagi Kumpulan D'MENSI akan berjuang di Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang mana kali ini diadakan pada 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persediaan terakhir malam sebelum pembentangan
Selepas pembentangan
Kami hanya berjaya meraih EMAS 2 BINTANG...


D'MENSI WAKIL UPD KE KONVENSYEN ICC WILAYAH PANTAI TIMUR

Alhamdulillah.... ada juga wakil dari Unit Pemakanan dan Dietetik untuk bertanding di Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur yang telah berlangsung pada 4 - 5 Julai 2012 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.


Bersantai dalam bas, perjalanan dari USMKK ke Gambang
Serikandi D'MENSI. Dari kiri: Na, Siti, Che Yah, Azmanie, Syarahani dan Fatimah Wati
Debaran bermula.... Doakan kami berjaya.
Kenangan KUMPULAN D'MENSI
KEPUTUSANNYA.....
Syukur ALHAMDULILLAH..... D'MENSI meraih ANUGERAH EMAS







BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Sajian khusus kepada kumpulan sokongan di UPD bagi memenuhi keperluan perkhidmatan. Bengkel ini diadakan sebanyak 2 kali bagi memastikan semua staf sasaran dapat melibatkan diri iaitu pada 18 JUN 2012 dan 10 JULAI 2012 yang lalu. Antara matlamat kursus ialah:
1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan,motivasi serta menanamkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
2. Memastikan aktiviti-aktiviti tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit.
3. Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan dengan Perkhidmatan Sajian.



JAMUAN MAKAN KELUARGA UPD 2012

Pada tahun ini UPD telah berjaya mengadakan acara tahunan iaitu Jamuan Makan Keluarga UPD 2012. Acara kali ini diadakan di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Pelbagai aktiviti diadakan dan dirasmikan oleh Tn Hj Zulkifli b Awang, Timbalan Pengarah, Unit Pemakanan dan Dietetik sendiri.

 
Ucapan Perasmian daripada Tn Hj Zulkifli Awang
















                                                                                                                        
Antara hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah
Penuh debaran... Siapakah yang paling bertuah di kalangan yang bertuah?

23 July 2012

KONVENSYEN KIK 2012 KAMPUS KESIHATAN

Berikutan kejayaan Kumpulan D'MENSI dan Kumpulan DIET 3 di Peringkat HUSM, sekali lagi 2 kumpulan ini telah mewakili Unit Pemakanan dan Dietetik ke KONVENSYEN KIK KAMPUS KESIHATAN 2012 pada 30 Mei yang lalu...Keputusannya.....Kedua-dua kumpulan telah meraih EMAS 2 BINTANG. Alhamdulillah.....
Dapatkan perjuangan kumpulan D'MENSI dan DIET 3 diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi???

Dari kiri: Pn Zaini, Cik Hajra, Pn Azima, Pn Ruhani, Pn Maisarah, Pn Nisah, Pn Zakiah dan Pn Ruqayyah.

Dari kiri: Pn Fatimah, Pn Che Yah, Cik Liyana, Pn Azmanie, En Khairul, En Zayed, Pn Fatimah Wati, Pn Sarina, Pn Siti Hasmah dan Pn Syarahani.

18 June 2012

KONVENSYEN KIK PERINGKAT HUSM 2012

Pada 23 Mei 2012 yang lalu telah berlangsung Konvensyen KIK Peringkat HUSM 2012. Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal. Bagi Kategori Pengurusan, sebanyak 5 kumpulan bertanding bertempat di Dewan Rufaida manakala bagi Kategori Teknikal pula 8 kumpulan mempersembahkan inovasi dan kreativiti masing-masing untuk dinilai bertempat di Auditorium Perubatan Nuklear.

Unit Pemakanan dan Dietetik telah menghantar 2 Kumpulan Pengurusan untuk bertanding iaitu KUMPULAN D'MENSI dan KUMPULAN DIET 3....

KEPUTUSANNYA.....ALHAMDULILLAH!!! KUMPULAN D'MENSI telah menyandang tempat PERTAMA manakala  KUMPULAN DIET 3 mendapat tempat KEDUA....dan kedua-dua kumpulan ini akan mewakili HUSM ke Peringkat Kampus Kesihatan yang akan berlansung pada 30 MEI nanti...


Fasilitataor Pn Nor Syarahani dan Ketua Kumpulan Pn Kamarul Azmanie mewakili KUMPULAN D'MENSI menerima hadiah JOHAN KUMPULAN PENGURUSAN

 
Kumpulann D'MENSI dari kiri atas: Fatimah, Zaiyed, Khairul, Dato'Dr Zaidun, Fatimah Wati, Sarina, Siti Hasmah.          Kiri bawah: Liana, Kamarul Azmanie, Nor Syarahani dan Che Yah

        
  TAHNIAH!!

15 February 2012

Majlis Asyura UPD

Pada 20hb Januari 2012,UPD telah mengadakan Majlis Asyura dan disertai oleh kakitangan UPD. Persiapan telah dilakukan sehari lebih awal, ini untuk menyenangkan lagi kerja gotong-royong dilakukan. Bubur Asyura siap dimasak pada pukul 5.00 petang dan diagihkan kepada semua staf UPD. Dengan adanya majlis sebegini dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama staf.

  

 Proses memasak bubur asyura

Puan Fatimahwati dan Puan Wan Rimei Salha sedang mengacau bubur Asyura

Tn Hj.Zulkifli Awang (Timb.Pengarah UPD) turut hadir memberi sokongan.
Bubur Asyura yang telah siap dimasak

 Bubur Asyura yang telah siap sedia untuk diagihkan