1 December 2019

Majlis Persaraan Pn Sabariah & En Nasri

Pada 29 Ogos 2019, satu majlis persaraan telah diadakan untuk meraikan dua staf UPD yang bersara, iaitu Pn Sabariah dan En Nasri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kesemua staff UPD. Diharapkan kedua-dua mereka terus maju jaya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini.




Seminar on Effective Weight Loss Management

Satu seminar bertajuk Seminar on Effective Weight Loss Management telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2019. Seminar ini merupakan anjuran Unit Pemakanan & Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dan Kelab DIETNUTRI Negeri Kelantan.

Seminar ini telah disertai oleh 104 orang perserta yang terdiri daripada pelbagai bidang dan profesional. Berikut merupakan senarai penceramah yang mempunyai bidang kepakaran dalam pengurusan berat badan:
  1. Asst. Prof. Dr. Jamilah Hanum Binti Abdul Khaiyom
  2. Encik Mohd Khairul Azuan Bin Din
  3. Encik Nurul Azuar Bin Hamzah
  4. Puan Siti Azima Binti Awang
  5. En. Mohd. Hairil Nizam Bin Abd Hamid
Diharapakan segala input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua peserta yang hadir.