24 September 2021

Latihan Industri Perkhidmatan Makanan Pelajar Dietetik USM

Seramai 12 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) USM telah menjalani latihan industri perkhidmatan makanan bagi memenuhi keperluan pengijazahan.

Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kelompok bagi memastikan SOP dapat dijaga dengan baik  iaitu:

  • Kelompok 1 (7 orang) iaitu pada 25/8/2021 - 23/9/2021
  • Kelompok 2 (5 orang) iaitu pada 12/9/2021 - 7/10/2021
Sepanjang latihan, pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti dan praktikal mengenai pengurusan food service di HUSM. Selain dari tu, pelajar juga telah membuat projek dan telah dibentangkan di hadapan Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.

Diharapakan segala ilmu yang diperoleh sepanjang latihan dapat digunakan pada masa hadapan.