19 December 2012

PERJUANGAN D'MENSI DITERUSKAN: KONVENSYEN ICC KEBANGSAAN 2012

Dengan berbekalkan ANUGERAH EMAS, sekali lagi Kumpulan D'MENSI akan berjuang di Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang mana kali ini diadakan pada 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persediaan terakhir malam sebelum pembentangan
Selepas pembentangan
Kami hanya berjaya meraih EMAS 2 BINTANG...


D'MENSI WAKIL UPD KE KONVENSYEN ICC WILAYAH PANTAI TIMUR

Alhamdulillah.... ada juga wakil dari Unit Pemakanan dan Dietetik untuk bertanding di Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur yang telah berlangsung pada 4 - 5 Julai 2012 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.


Bersantai dalam bas, perjalanan dari USMKK ke Gambang
Serikandi D'MENSI. Dari kiri: Na, Siti, Che Yah, Azmanie, Syarahani dan Fatimah Wati
Debaran bermula.... Doakan kami berjaya.
Kenangan KUMPULAN D'MENSI
KEPUTUSANNYA.....
Syukur ALHAMDULILLAH..... D'MENSI meraih ANUGERAH EMAS







BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Sajian khusus kepada kumpulan sokongan di UPD bagi memenuhi keperluan perkhidmatan. Bengkel ini diadakan sebanyak 2 kali bagi memastikan semua staf sasaran dapat melibatkan diri iaitu pada 18 JUN 2012 dan 10 JULAI 2012 yang lalu. Antara matlamat kursus ialah:
1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan,motivasi serta menanamkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
2. Memastikan aktiviti-aktiviti tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit.
3. Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan dengan Perkhidmatan Sajian.



JAMUAN MAKAN KELUARGA UPD 2012

Pada tahun ini UPD telah berjaya mengadakan acara tahunan iaitu Jamuan Makan Keluarga UPD 2012. Acara kali ini diadakan di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Pelbagai aktiviti diadakan dan dirasmikan oleh Tn Hj Zulkifli b Awang, Timbalan Pengarah, Unit Pemakanan dan Dietetik sendiri.

 
Ucapan Perasmian daripada Tn Hj Zulkifli Awang
















                                                                                                                        
Antara hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah
Penuh debaran... Siapakah yang paling bertuah di kalangan yang bertuah?