14 December 2013

LAWATAN KERJA UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA) KE UPD, HOSPITAL USM



   
 Tanggal 23 Jun 2013, bermula pada jam 8.30 am sehingga jam 11.30 am UPD telah menerima lawatan kerja dari jabatan Facilities, Food And Services, Islamic University Malaysia terdiri daripada seramai 12 orang staf. 

   Tujuan lawatan tersebut adalah untuk berkongsi pengalaman dalam pengendalian urusan pentadbiran dalam penyediaan makanan pesakit. Suatu objektif dijalankan dalam mendalami dan memberi lebih pendedahan kepada pengunjung dalam penyediaan makanan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim sesama jabatan.

TAKLIMAT YANG SEDANG DIBERIKAN OLEH TIMBALAN PENGARAH



   Para pengunjung disambut ramah oleh pihak kami, staf-staf UPD dan diberi taklimat terlebih dahulu sebagai pembuka bicara. Taklimat diberikan oleh Timbalan Pengarah UPD, Tn Haji Zulkifli Awang di bilik operasi UPD. Selesai taklimat ringkas, pengunjung diiringi oleh Pn Wan Rimei Salha Wan Abdul Rani dan Pn Nor Asiah Ali.




  Lawatan dilakukan di kawasan operasi penyediaan dan penyajian UPD. Disini, para pengunjung didedahkan secara langsung mengenai proses penyediaan makanan dan berkonsepkan keterbukaan. Sebarang persoalan dijawab dengan teliti, padat dan ringkas.
 Majlis ini bersurai kira-kira ham 11.30 am. Tetamu disediakan jamuan ringan.

No comments: