19 August 2011

SEMINAR PENINGKATAN PENYEDIAAN MAKANAN

UPD telah menganjurkan Seminar Peningkatan Penyediaan Makanan bertempat di Hotel New Pacific pada 4 & 5 Julai 2011. Seminar ini telah dihadiri oleh kakitangan yang terlibat dalam sektor pemakanan dari seluruh Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan ialah:

1. Masakan Sihat dan Berkualiti
   Oleh: En Ramli Bin Jasam, Institut Jantung Negara
    - Kepentingan makanan halal di dalam masakan yang dihidangkan
    - Kemahuan pengguna (pesakit) seperti makanan yang enak dan lazat, segar, murah dan mudah disediakan.

2. Pemakanan Sihat & Piramid Makanan Malaysia
   Oleh: Pn. Tengku Fatimatul Binti Tengku Hassim, Pegawai Sains (Zat Makanan) KK Pengkalan Chepa.
    - Kepentingan makanan yang sihat berasaskan piramid makanan.

3. Penyediaan Menu Resepi Piawai Hospital
   Oleh: Pn. Wan Rimei Salha Binti Wan Abdul Rani, Pegawai Dietetik HUSM
    - Maksud resepi piawai, kelebihan menggunakan resepi piawai dan langkah-langkah dalam penyediaan resepi piawai.

4. Peranan Staf Dalam Perawatan
   Oleh: Pn.Siti Azima Binti Awang, Pegawai Dietetik HUSM
    - Tentang tanggungjawab kakitangan hospital.
    - Staf perlu peka dengan bidang tugas masing-masing dan perlu bekerjasam dengan kakitangan lain untuk memastikan rawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit.

5. Perkhidmatan Sajian Berkualiti
   Oleh: Tuan Haji Zulkifli Bin Awang, Timb.Pengarah Unit Pemakanan & Dietetik
    - Menekankan tentang aspek kualiti, ISO, cara berkomunikasi dan disiplin dalam pekerjaan.


Antara puluhan peserta dari seluruh negeri di Mala\ysia

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Bangun semua!!! Kita adakan senaman....



No comments: