18 August 2011

Kursus Pengendali Makanan Siri 1 & 2

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan kursus wajib kepada semua staf dan  dibahagikan kepada dua sesi. Kursus Pengendali Makanan siri 1 telah diadakan dengan jayanya pada 19hb April 2011  dan siri 2 diadakan pada 24hb Mei 2011 bertempat di Dewan Rufaida, HUSM. Kursus ini bermula dari jam 8.10 hingga pukul 4.30 petang.

Kursus Pengendali Makanan siri 1 dan 2 telah dihadiri oleh semua staf UPD yang terdiri daripada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Tukang Masak, Pembantu Am Pejabat (sajian) dan Pembantu Am Pejabat.

Topik Pertama  : Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
                         : Tn.Hj.Zulkifli Awang, U52
                           Timbalan Pengarah (Pemakanan & Dietetik), HUSM
                            - staf perlu lebih mesra dengan pelanggan (pesakit).

Topik Kedua    : Polisi dan Prosedur Kualiti
                         : Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani, U44
                           Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan & Dietetik), HUSM
                           - Membincangkan tentang prosedur kerja yang betul dari awal proses penerimaan bahan mentah, penyediaan, menghidang di trayline dan seterusnya dihidangkan kepada pesakit.

Topik Ketiga    : Sanitasi dan Keselamatan Makanan
                         : En.Mohd Yusma Anuar b. Mohd Yusof, C41
                           Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Kelantan.
                           - Membincangkan tentang aspek kebersihan dan keselamatan dari segi makanan dan juga kebersihan pengendali makanan.

Topik Keempat : Asas Pertolongan Cemas : Melecur & Luka Pendarahan
                          : Dr. Mohd Zikri Ahmad, DU45
                            Pensyarah & Pegawai Perubatan,
                            Unit Kemalangan & Kecemasan, PPSP.
                            - Membincangkan tentang asas pertolongan cemas dan cara menangani sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil di kawasan tempat kerja.


 Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
disampaikan oleh Tn.Hj.Zulkifli Awang


Polisi dan Prosedur Kualiti
disampaikan oleh Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani



Antara peserta yang sedang khusyuk mendengar ceramah.
                              

No comments: