Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan kursus wajib kepada semua staf dan dibahagikan kepada dua sesi. Kursus Pengendali Makanan siri 1 telah diadakan dengan jayanya pada 19hb April 2011 dan siri 2 diadakan pada 24hb Mei 2011 bertempat di Dewan Rufaida, HUSM. Kursus ini bermula dari jam 8.10 hingga pukul 4.30 petang.
Kursus Pengendali Makanan siri 1 dan 2 telah dihadiri oleh semua staf UPD yang terdiri daripada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Tukang Masak, Pembantu Am Pejabat (sajian) dan Pembantu Am Pejabat.
Topik Pertama : Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
: Tn.Hj.Zulkifli Awang, U52
Timbalan Pengarah (Pemakanan & Dietetik), HUSM
- staf perlu lebih mesra dengan pelanggan (pesakit).
Topik Kedua : Polisi dan Prosedur Kualiti
: Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani, U44
Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan & Dietetik), HUSM
- Membincangkan tentang prosedur kerja yang betul dari awal proses penerimaan bahan mentah, penyediaan, menghidang di trayline dan seterusnya dihidangkan kepada pesakit.
Topik Ketiga : Sanitasi dan Keselamatan Makanan
: En.Mohd Yusma Anuar b. Mohd Yusof, C41
Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Kelantan.
- Membincangkan tentang aspek kebersihan dan keselamatan dari segi makanan dan juga kebersihan pengendali makanan.
Topik Keempat : Asas Pertolongan Cemas : Melecur & Luka Pendarahan
: Dr. Mohd Zikri Ahmad, DU45
Pensyarah & Pegawai Perubatan,
Unit Kemalangan & Kecemasan, PPSP.
- Membincangkan tentang asas pertolongan cemas dan cara menangani sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil di kawasan tempat kerja.
|
Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
disampaikan oleh Tn.Hj.Zulkifli Awang |
|
Polisi dan Prosedur Kualiti
disampaikan oleh Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani |
|
Antara peserta yang sedang khusyuk mendengar ceramah. |