27 June 2022

LATIHAN KLINIKAL 2 PELAJAR DIETETIK USM

Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah menerima 16 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) untuk menjalani sesi klinikal bagi Outpatient, Inpatient dan Special Unit.

Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan pelajar akan menjalani beberapa rotation mengikut disiplin Pegawai Dietetik.

Sepanjang latihan klinikal ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan praktikal bagi memastikan para pelajar dapat menjadi seorang Pegawai Dietetik yang kompeten semasa bertugas kelak.




21 June 2022

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN KERAIAN STAF UPD 2022

Pada 19 Mei 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah mengadakan satu jamuan raya yang dihadiri oleh warga UPD. Majlis ini telah diadakan di Crystal Colour Avenue, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ini juga da untuk meraikan En Mohd Radzuan Awang yang bersara serta En. Mohd Ridzwan Mat Zain dan Cik Nur Aznizar Syaremy yang berpindah ke unit lain.

Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan di masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga UPD.





 


3 May 2022

LATIHAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN PELAJAR UNISZA

Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah menerima 3 orang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) bagi menjalani latihan pengurusan perkhidmatan makanan bermula 22 Februari 2022 hingga 23 April 2022. 3 orang pelajar ini merupakan pelajar jurusan Sains Pemakanan.

Diharapkan kesemua pelajar dapat mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu dan praktikal semasa melaksanakan latihan praktikal ini.

5 April 2022

RAMADAN AL-MUBARAK 1444-H

Kami daripada warga UPD ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak bagi tahun 1444 Hijrah.

Moga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.



28 March 2022

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH MS 1900:2014 HOSPITAL USM

Pada 9 hingga 10 Mac yang lalu, satu audit telah diadakan berkaitan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900 : 2014 Hospital USM. Audit tersebut telah diadakan secara atas talian.

Unit Pemakanan dan Dietetik telah diaudit pada 10 Mac 2022 bermula jam 9.30 pagi. Pelbagai pemantauan berkaitan sistem dan kualiti pengurusan telah disemak.

Pada hari yang sama juga, mesyuarat penutupan audit telah diadakan pada jam 4.30 petang secara atas talian. Beberapa teguran yang diterima diambil maklum dan segala penambahbaikkan akan dijalankan secepat yang mungkin.

Tahniah kepada semua staf UPD yang terlibat dalam audit ini!

9 February 2022

SURVEI DALAMAN UNTUK PENARAFAN ORGANISASI HOSPITAL USM SIRI 1/2022

Pada 23 Januari - 31 Januari yang lalu, satu Survei Dalaman telah diadakan untuk Penarafan Organisasi Hospital.

Unit Pemakanan & Dietetik telah diaudit pada 26 Januari 2022. Hasil dari audit tersebut, beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan demi memastikan UPD sentiasa dapat berfungsi di tahap yang optimum.

Tahniah kepada warga yang terlibat