Pada 9 hingga 10 Mac yang lalu, satu audit telah diadakan berkaitan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900 : 2014 Hospital USM. Audit tersebut telah diadakan secara atas talian.
Unit Pemakanan dan Dietetik telah diaudit pada 10 Mac 2022 bermula jam 9.30 pagi. Pelbagai pemantauan berkaitan sistem dan kualiti pengurusan telah disemak.
Pada hari yang sama juga, mesyuarat penutupan audit telah diadakan pada jam 4.30 petang secara atas talian. Beberapa teguran yang diterima diambil maklum dan segala penambahbaikkan akan dijalankan secepat yang mungkin.
Tahniah kepada semua staf UPD yang terlibat dalam audit ini!
No comments:
Post a Comment