15 August 2020

Audit Pensijilan Halal Malaysia 2020

Bertarikh 14 Julai yang lalu, satu Audit Pensijilan Malaysia telah diadakan di Unit Pemakanan dan Dietetik HUSM (UPD). Audit tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).




Audit bermula pada jam 9.00 pagi dan sepanjang audit berlangsung, Pegawai Auditor telah diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Taskforce Halal yang terdiri daripada beberapa Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.


31 July 2020

COVID'19

Akibat penularan Coronavirus yang melanda Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

Oleh itu, pihak HUSM telah mengambil inisiatif untuk meminimumkan perkhidmatan klinik-klinik yang berada di hospital, termasuk Klinik Dietetik. Untuk Klinik Dietetik, kes-kes yang diterima hanyalah yang memerlukan intervensi segera seperti kes Gestational Diabetes Mellitus (GDM), Kanser atau Ryle's Tube Feeding. Selain dari itu, bilangan pesakit yang dimasukkan ke wad juga dihadkan.

24 June 2020

Seminar Pensijilan Halal Siri 1

Pada 18 Februari 2020 yang lalu, satu seminar mengenai pensijilan halal telah dijalankan. Seminar tersebut telah berlangsung selama 1 hari bertempat di Bilik Seminar PTI, Blok Pentadbiran HUSM.







29 May 2020

Latihan Industri Pelajar Sarjana Muda Sains Makanan

Seramai 5 orang pelajar Sarjana Muda Sains Makanan telah menjalani latihan industri di Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) yang bermula pada 2 Februari 2020 hingga 21 Mei 2020.















Sepanjang latihan berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh sepanjang latihan dapat dipraktikkan pada masa hadapan


27 April 2020

Majlis Persaraan Pn Fatimah Wati Dahalan

Pada 3 Mac 2020 yang lalu, satu majlis persaraan Puan Fatimah Wati Dahlan telah berlangsung. Majlis terse but telah diadaken di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik HUSM.

Puan Fatimahwati merupakan seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C32 yang sanat berdedikasi dalam melaksanakan tugas beliau.

Diharapkan Puan Fatimah Wati terus berjaya dalam apa pun jua yang diceburi selepas ini.














3 March 2020

Mini Karnival Dietitian bersama Komuniti (DIETKOM) 2020

Bertarikh 22 FEbruari 2020, Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM DAN Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan, Pertubuhan Amal Perubatan Ilmu Sina Malaysia Negeri Kelantan (PAPISMA) serta Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan akan mengadakan Karnival Dietitian Bersama Komuniti 2020 (DIETKOM).

Tujuan mini karnival ini diadakan adalah untuk menerapkan pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang topik asas berkaitan pemakanan melalui aktiviti-aktiviti yang digerakkan di dalam masyarakat.


Mini karnival tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat sekeliling.


Antara akriviti yang diadakan adalah Bicara Santai Kelantan Celik Kesihatan (KECEK), Pameran Nutrisi Makanan Kelantan, Ujirasa Makanan Sihat, Acara Permainan Berasaskan Pemakanan, Pemeriksaan Lemak dan Slot Perundingan Bersama Pegawai Dietetik, Pemeriksaan Kesihatan Percuma Oleh NKF dan Derma Darah.










Latihan Perkhidmatan Malanan UITM Puncak Alam

Pihak UPD telah menerima 4 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik UITM Puncak Alam yang telah menjalani latihan perkhidmatan makanan. Tempoh latihan itu dari 12 Januari hingga 20 Februari 2020. Sepanjang tempoh latihan tersebut, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang melibatkan perkhidmatan makanan.