Bertarikh 22 FEbruari 2020, Unit
Pemakanan & Dietetik Hospital USM DAN Program Pemakanan & Dietetik
Pusat Pengajian Sains Kesihatan bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,
Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan,
Pertubuhan Amal Perubatan Ilmu Sina Malaysia Negeri Kelantan (PAPISMA) serta
Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan akan mengadakan Karnival Dietitian
Bersama Komuniti 2020 (DIETKOM).
Tujuan mini karnival ini diadakan adalah untuk menerapkan pengetahuan dan kefahaman yang jelas tentang topik asas berkaitan pemakanan melalui aktiviti-aktiviti yang digerakkan di dalam masyarakat.
Mini karnival tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada masyarakat sekeliling.
Antara akriviti yang diadakan adalah Bicara Santai Kelantan Celik Kesihatan (KECEK), Pameran Nutrisi Makanan Kelantan, Ujirasa Makanan Sihat, Acara Permainan Berasaskan Pemakanan, Pemeriksaan Lemak dan Slot Perundingan Bersama Pegawai Dietetik, Pemeriksaan Kesihatan Percuma Oleh NKF dan Derma Darah.
No comments:
Post a Comment