1 December 2019

Majlis Persaraan Pn Sabariah & En Nasri

Pada 29 Ogos 2019, satu majlis persaraan telah diadakan untuk meraikan dua staf UPD yang bersara, iaitu Pn Sabariah dan En Nasri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kesemua staff UPD. Diharapkan kedua-dua mereka terus maju jaya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini.




Seminar on Effective Weight Loss Management

Satu seminar bertajuk Seminar on Effective Weight Loss Management telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2019. Seminar ini merupakan anjuran Unit Pemakanan & Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dan Kelab DIETNUTRI Negeri Kelantan.

Seminar ini telah disertai oleh 104 orang perserta yang terdiri daripada pelbagai bidang dan profesional. Berikut merupakan senarai penceramah yang mempunyai bidang kepakaran dalam pengurusan berat badan:
  1. Asst. Prof. Dr. Jamilah Hanum Binti Abdul Khaiyom
  2. Encik Mohd Khairul Azuan Bin Din
  3. Encik Nurul Azuar Bin Hamzah
  4. Puan Siti Azima Binti Awang
  5. En. Mohd. Hairil Nizam Bin Abd Hamid
Diharapakan segala input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua peserta yang hadir.



3 November 2019

Hari Keluarga UPD 2019

Pada 26 Julai 2019, Jawatankuasa Kebajikan UPD telah mengadakan aktiviti Hari Keluarga yang telah diadakan di Bayu Melawi Chalet.

Hari keluarga tersebut telah dihadiri oleh 61 orang staf. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memupuk semangat kasih sayang di antara staff UPD.

Pelbagai aktivit telah berjaya dilaksanakan semasa Hari Keluarga tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.









30 October 2019

Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Pada 4 Julai yang lalu, satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfirtri telah diadakan oleh Unit Pemakanan dan Dietetik HUSM. Jamuan ini telah disertai oleh semua pegawai dan staff UPD. Program seperti mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan keluarga UPD.






30 September 2019

Continuous Staff & Student Education (CSSE)

Terdapat 6 sesi CSSE telah diadakan sepanjang latihan klinikal pelajar tahun akhir dietetik. Tujuan CSSE ini diadakan adalah untuk menggilap dan memperbaiki kes yang di uruskan di dalam wad.

Para pelajar akan memilih 1 kes untuk dibentangkan semasa sesi CSSE. Berikut merupakan tarikh CSSE berlangsung.

Tarikh
Kumpulan
5 Mac 2019
A & C
12 Mac 2019
B & D
31 Mac 2019
P2 & P4
4 April 2019
P1 & P3
23 April 2019
A & C
30 April 2019
B & D

29 August 2019

Latihan Dietetik Pesakit Dalam II dan Unit Khas II, Pelajar Dietetik Tahun Akhir Sesi 2018/2019

Seramai 30 orang pelajar Dietetik tahun akhir telah mengikuti latihan Dietetik Pesakit Dalam 2 dan Unit Khas 2.




Latihan tersebut telah bermula dari 17 Februari 2019 hingga 2 Mei 2019. Sepanjang latihan ini berlangsung, para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan mengikut rotation yang telah ditetapkan




21 July 2019

Penempatan Latihan Perkhidmatan Makanan Pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan UITM dan Sarjana Muda Sains Makanan UMT di Unit Pemakanan & Dietetik HUSM

Pada 28 Januari sehingga 27 Mei 2019, UPD telah menerima seorang pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan, UITM Pulau Pinang. UPD menerima lagi dua orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan & Pemakanan), UMT pada 18 Februari dan menjalani latihan sehingga 7 Jun 2019.




Sepanjang latihan ini dijalankan, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai cara pengurusan dapur HUSM. Antaranya ialah mereka belajar mengenai organisasi, cara penerimaan dan penyimpanan barang, pengurusan diet pesakit dan pelbagai lagi praktikal yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan.

Para Pelajar juga diberikan projek dan dibentangkan pada minggu akhir praktikal berlangsung.

Diharapkan pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu dan praktikal yang dipelajari di sini dan dapat dipraktikkan pada masa akan datang.