Pada 28 Januari sehingga 27 Mei 2019, UPD telah menerima seorang pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan, UITM Pulau Pinang. UPD menerima lagi dua orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan (Perkhidmatan Makanan & Pemakanan), UMT pada 18 Februari dan menjalani latihan sehingga 7 Jun 2019.
Sepanjang latihan ini dijalankan, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai pengetahuan mengenai cara pengurusan dapur HUSM. Antaranya ialah mereka belajar mengenai organisasi, cara penerimaan dan penyimpanan barang, pengurusan diet pesakit dan pelbagai lagi praktikal yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan.
Para Pelajar juga diberikan projek dan dibentangkan pada minggu akhir praktikal berlangsung.
Diharapkan pelajar-pelajar ini dapat memanfaatkan segala ilmu dan praktikal yang dipelajari di sini dan dapat dipraktikkan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment