Unit Pemakanan dan Dietetik, September- Pada 12 September 2023, Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan Majlis Bersama Pengarah 2023 sempena 40 Tahun Hospital USM di Auditorium Pentadbiran Hospital USM. Majlis bermula pada jam 8:30 pagi dengan pendaftaran oleh para peserta dan staf USM yang hadir. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Pengarah Hospital USM , Dato Dr Nik Hishamuddin dan Timbalan Pengarah Operasi Encik Saberi. Seterusnya majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Faizal serta tayangan video perkenalan Unit Pemakanan dan Dietetik seterusnya ucapan perasmian oleh Pengarah Hospital bagi merasmikan Klinik Dietetik Secara Maya. Perasmian Klinik Dietetik Secara Maya ini diserikan lagi dengan tayangan video montaj serta gimik perasmian yang disampaikan oleh Encik Wan Muhammad Ameerul Azeem. Antara intipati menarik dalam majlis ini ialah Forum Bariatrik Bukan Magik yang disampaikan oleh tetamu jemputan Puan Siti Azima, Dr Aisyah Che Rahimi dan Encik Ariezal yang mana Encik Faizal menjadi moderator forum tersebut.
Majlis ini dimeriahkan lagi dengan pameran-pameran pemakanan, booth food taster overnight oats sihat dibawakan oleh UPD, saringan kesihatan data antorpometrik, penjualan coffee lazat, nasi arab, kuih-muih dan booth kecantikan Mary Kay juga turut serta. Majlis ini telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.00 tengah hari.
No comments:
Post a Comment