27 October 2022

HARI WARGA EMAS SEDUNIA

Jabatan Perubatan Pesakit Dalam Hospital USM dengan kerjasama Unit Geriatrik Hospital Raja Perempuan Zainab 2 telah mengadakan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Hospital USM pada 27 Oktober 2022 (Khamis) yang bertempat di Dataran Merah PPSP. Program ini telah berlansung pada pukul 8 pagi sehingga 1.30 petang.







Seramai dua orang Pegawai Dietetik dari Unit Pemakanan dan  Dietetik HUSM iaitu Puan Khairun Nisah dan Puan Anis Najwa telah dijemput untuk membuat pameran pemakanan  dan sesi kaunseling kepada setiap pengunjung yang hadir. Terdapat juga beberapa booth pameran yang lain telah dibuka sepanjang program berlansung, antaranya booth rumah kebajikan orang tua dan booth pemeriksaan kesihatan. Terdapat pelbagai program yang dibuat semasa program, contohnya senamrobik, pembuatan makanan sihat dan ringkas yang boleh dibuat oleh warga emas.



5 September 2022

AUDIT PENSIJILAN HALAL

Pada 1 Ogos 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik telah selesai diaudit oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan( JHEAIK) mengenai pensijilan halal. 

Tahniah kepada warga UPD yang terlibat dalam memastikan audit ini berjalan dengan lancar dan semua teguran yang diberikan telah diambil tindakan

3 August 2022

Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia KPT-HUSM

Hospital USM telah menyertai Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia bersama  Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Julai 2022 yang lalu. Unit Pemakanan & Dietetik telah menghantar wakil dua orang Pegawai Dietetik iaitu Pn. Rimei Salha dan Pn. Syarahani bagi menyertai program tersebut. Program ini berlangsung selama setengah hari, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.


Pelbagai aktiviti saringan kesihatan telah diadakan dan dua orang Pegawai Dietetik telah memberikan konsultasi pemakanan.

Program seperti ini sangat bagus bagi mendekati masyarakat untuk memberi kesedaran tentang kesihatan.




19 July 2022

Kursus Kesedaran Risiko Pengendali Makanan

Pada 28 Jun 2022 yang lalu, Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah mengadakan kursus mengenai Kesedaran Risiko Pengendali Makanan bertempat di Bilik Seminar Bangunan Pentadbiran Hospital USM.






Kursus ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh staf UPD. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan penekanan mengenai risiko-risiko yang dihadapai oleh staf ketikan mengendalikan makanan.


4 July 2022

Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022

Unit Pemakanan & Dietetik bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan dan Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan dengan NutriFit365 Sdn. Bhd telah mengadakan Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022 pada 18 Jun 2022 yang lalu di bawah Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 bertempat di Mydin Mall Tunjong.




Antara objektif utama program adalah untuk 

  • Menggerakkan agenda kesejahteraan komuniti melalui penglibatan secara langsung ahli masyarakat dalam berkongsi pandangan berkaitan pendidikan pemakanan.
  • Menyediakan medium komunikasi antara pihak dietitian dengan komuniti melalui program kesedaran pemakanan dan kesihatan terus kepada sasaran.
  • Menggerakkan agenda cakna nutrisi dan advokasi kesedaran penjagaan kesihatan kepada komuniti.
pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Forum Kesihatan Buah Pinggang, Pameran Kesihatan, Permainan berkaitan kesihatan, pertandingan MyBento Sihat dan Pertandingan Mewarna.

Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang bagi dietitian mendekati masyarakat sekeliling dan menyebarkan ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan.

Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan di masa akan datang.

Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat!

27 June 2022

LATIHAN KLINIKAL 2 PELAJAR DIETETIK USM

Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah menerima 16 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) untuk menjalani sesi klinikal bagi Outpatient, Inpatient dan Special Unit.

Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan pelajar akan menjalani beberapa rotation mengikut disiplin Pegawai Dietetik.

Sepanjang latihan klinikal ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan praktikal bagi memastikan para pelajar dapat menjadi seorang Pegawai Dietetik yang kompeten semasa bertugas kelak.




21 June 2022

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN KERAIAN STAF UPD 2022

Pada 19 Mei 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah mengadakan satu jamuan raya yang dihadiri oleh warga UPD. Majlis ini telah diadakan di Crystal Colour Avenue, Kota Bharu, Kelantan.

Majlis ini juga da untuk meraikan En Mohd Radzuan Awang yang bersara serta En. Mohd Ridzwan Mat Zain dan Cik Nur Aznizar Syaremy yang berpindah ke unit lain.

Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan di masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga UPD.





 


3 May 2022

LATIHAN PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN PELAJAR UNISZA

Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah menerima 3 orang pelajar dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA) bagi menjalani latihan pengurusan perkhidmatan makanan bermula 22 Februari 2022 hingga 23 April 2022. 3 orang pelajar ini merupakan pelajar jurusan Sains Pemakanan.

Diharapkan kesemua pelajar dapat mempelajari dan mendalami pelbagai ilmu dan praktikal semasa melaksanakan latihan praktikal ini.

5 April 2022

RAMADAN AL-MUBARAK 1444-H

Kami daripada warga UPD ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadan Al Mubarak bagi tahun 1444 Hijrah.

Moga segala ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.



28 March 2022

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI BERASASKAN SYARIAH MS 1900:2014 HOSPITAL USM

Pada 9 hingga 10 Mac yang lalu, satu audit telah diadakan berkaitan Audit Pemantauan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Syariah MS 1900 : 2014 Hospital USM. Audit tersebut telah diadakan secara atas talian.

Unit Pemakanan dan Dietetik telah diaudit pada 10 Mac 2022 bermula jam 9.30 pagi. Pelbagai pemantauan berkaitan sistem dan kualiti pengurusan telah disemak.

Pada hari yang sama juga, mesyuarat penutupan audit telah diadakan pada jam 4.30 petang secara atas talian. Beberapa teguran yang diterima diambil maklum dan segala penambahbaikkan akan dijalankan secepat yang mungkin.

Tahniah kepada semua staf UPD yang terlibat dalam audit ini!

9 February 2022

SURVEI DALAMAN UNTUK PENARAFAN ORGANISASI HOSPITAL USM SIRI 1/2022

Pada 23 Januari - 31 Januari yang lalu, satu Survei Dalaman telah diadakan untuk Penarafan Organisasi Hospital.

Unit Pemakanan & Dietetik telah diaudit pada 26 Januari 2022. Hasil dari audit tersebut, beberapa penambahbaikkan perlu dilakukan demi memastikan UPD sentiasa dapat berfungsi di tahap yang optimum.

Tahniah kepada warga yang terlibat