Pada 9 Februari 2017, jam 2.15 – 4.30 petang, satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 1/2017, telah diadakan di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.
CDE pada kali ini membincangkan mengenai bahan pendidikan pesakit yang baharu dan dikemaskini.
Antara tajuk yang dibentang adalah Panduan Pengurusan Pemakanan Melalui Tiub bagi Pesakit di Rumah oleh Puan Monaliza Ajid, Diet untuk Kegagalan Buah Pinggang oleh Puan Nor Elyana Awang dan Diet Rendah FODMAPS oleh Puan Nor Syarahani Jusoh.
Dengan berlangsungnya CDE ini, para Pegawai Dietetik telah didedahkan kepada maklumat terbaru mengenai tajuk yang dibentang dan dibincang.
No comments:
Post a Comment