29 February 2016

Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 2/2016

Pada 16 Februari 2016, jam 12.00 – 1.00 petang, telah berlangsung satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 2/2016, yang disampaikan oleh Saudara Hafizi dari Danone Dumex (M) Sdn Bhd di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.


Para Pegawai Dietetik sedang mendengar taklimat daripada Saudara Hafizi.

Saudara Hafizi sedang memberi penerangan mengenai tajuk yang disampaikan.


Antara 'point' yang di'highlight'kan.

Tajuk CDE pada kali ini adalah "Soy-Based Products". CDE ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Dietetik HUSM dan PPSK serta para pelajar Dietetik USM yang sedang menjalani latihan praktikal klinikal di Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

31 January 2016

Majlis Sekalung Budi Semarak Kasih Y.Bhg.Dato' Dr Zaidun Kamari

Pada 11 Januari 2016 (Isnin), Majlis Persaraan Y.Bhg.Dato Dr Zaidun bin Kamari (Pengarah HUSM) telah diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu.

Seramai 9 orang wakil daripada Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) Hospital USM telah menghadirinya.













31 December 2015

Penempatan Latihan Pesakit Luar Pelajar Dietetik USM Tahun 4, 2015

Seramai 30 orang pelajar Dietetik Tahun 4, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Malaysia telah menjalani kursus GTD 406 ( Latihan Pesakit Luar II) selama 14 minggu, iaitu pada 7 September hingga 17 Disember 2015 di Klinik Dietetik Pesakit Luar, Hospital USM.

Seramai 4 orang Pegawai Dietetik Hospital USM telah terlibat secara langsung sebagai Pembantu Pengajar Klinikal (Dietetik) dalam memberi tunjuk ajar dan menyelia latihan tersebut.