1 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025!

 


Selamat Tahun Baru 2025 diucapkan kepada semua pelawat blog Unit Pemakanan dan Dietetik. Semoga tahun baru ini dapat memastikan gerak kerja serta azam tahun baru dapat dicapai dan dipermudahkan.

Jadikan tahun lalu sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga dan tahun ini sebagai jalan mewujudkan impian.




27 November 2024

Program Mobiliti Pelajar Luar Negara

Pada 26 November 2024, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital pakar USM telah menerima lawatan daripada 21 orang Pelajar Nutrisi serta 3 orang pensyarah dari University Deakin, Australia. 

Mereka telah diberi pengenalan dan penerangan dari sudut perkhidmatan pemakanan dan klinikal Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar USM. 


Lawatan ke Klinik Dietetik Pesakit Luar

Penerangan kepada pelajar luar negara







11 September 2024

Projek Kelestarian UPD

 Pada 8 September sehingga 11 September 2024, terdapat beberapa Pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kelestarian termasuklah menghiasi pejabat UPD dengan pokok-pokok hiasan bagi mengekalkan UPD sebagai Pejabat Hijau serta menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk membuat hiasan, Inisiatif ini telah memberikan impak positif kepada Hospital USM yang menjadi salah satu unit yang aktif terlibat menjayakan Kempen Kelestarian USM.



1 August 2024

Taklimat Pemuliharaan Pendengaran dan Kebisingan

Pada 7 Ogos 2024, satu taklimat pemuliharaan pendengaran dan kebisingan yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Ramli diadakan di Auditorium Hospital USM. Beberapa perkara yang dikemukakan termasuklah Kategori Bunyi, Penguatkuasaan, Pengenalpastian jenis bising yang berlebihan di dapur dan cara menangani bising.

30 July 2024

Majlis Makan Malam UPD 2024

Majlis Makan Malam UPD 2024 telah diadakan pada 26 Julai 2024 bertempat di Anjung Rebana. Majlis ini dihadiri oleh staf UPD seramai 98 orang diikuti oleh dengan ahli keluarga yang turut memeriahkan majlis. Majlis Makan Malam ini bertemakan Arabic Night yang mana didahului oleh Video Montaj Makan Malam memaparkan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta memberi penghormatan kepada dua orang staf UPD yang telah pergi mengadap ilahi. Seterusnya makan malam diteruskan dengan ucapan oleh Puan Wan Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik  dan diteruskan dengan cabutan bertuah dan permainan di pentas yang diketuai oleh Encik Shahid. Majlis Makan Malam berakhir dengan pengumuman Queen of The Night yang dimenangi oleh Puan NorSyarahani dan King of The Night oleh Encik Wan.





 

3 July 2024

Audit Persijilan Semula Halal 2024

 Pada1 Julai 2024, audit persijilan halal telah dilakukan oleh Halal Executive dan terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Alhamdulillah hasil daripada laporan HALAL JAKIM Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah menerima Sijil Persijilan Halal JAKIM yang mana tarikh yang dikeluarkan adalah pada 1 Oktober 2024 sah sehingga 30 September 2026.

 Semua teguran telah diambil tindakan penambahbaikan segera bagi memastikan Sijil Halal yang baharu ini diperolehi sebelum tamat tarikh sah Sijil Halal sekarang .

Dengan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih terhadap pihak Pengurusan Tertinggi Hospital USM dan  Unit Pematuhan & Pengurusan Risiko serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga kami berjaya memperolehi pensijilan semula Sijil HALAL ini.

Semoga Allah memberkati dan sentiasa permudahkan segala urusan kita semua .







27 June 2024

Hari Terakhir Pelajar Tahun Akhir Sesi 2023-2024

 Pada 26 Jun 2024, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, USM telah berjaya menghabiskan penempatan latihan dietetik Klinikal Pesakit Dalam dan Special Unit setelah berakhirnya sesi pembentangan case study kepada semua Pegawai Dietetik USM. Dengan ini, kami keluarga UPD ingin mengucapkan Selamat Maju dan semoga menjadi manusia manusia yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara. Diharapkan segala ilmu yang dikongsi dapat memberi kebaikan kepada pelajar untuk mengharungi dunia sebenar.