29 May 2024

Taklimat Latihan Staf - MSQH

Pada 29 Mei 2024, seramai 98 orang telah terlibat dalam Latihan Staf- MSQH yang diadakan di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar. Taklimat ini merupakan taklimat satu hari yang melibatkan beberapa sesi perkongsian ilmu. Sebagai contohnya, Pn Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik menyampaikan ilmu mengenai Penerapan Piawaian MSQH dalam SOP dan Proses Kerja, seterusnya perkongsian pengalaman daripada Dietitian Puan Rose, KPJ Perdana, Kota Bharu, mengenai Hospital KPJ Perdana Akreditasi MSQH. Pada sebelah petang terdapat sesi kerja dalam kumpulan yang mana semua staf dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberi tugasan dan "case study" bagaimana untuk menguruskan sesuatu isu bersesuaian dengan standard MSQH. Setiap kumpulan diwajibkan untuk melakukan pembentangan setelah selesai melakukan tugasan dalam kumpulan. 






1 May 2024

Riang Ria Raya Unit Pemakanan dan Dietetik 2024

 30 April 2024- Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan bertempat di Bilik Operasi UPD. Raya kali ini membawa kelainan kerana unsur kelestarian telah diterapkan yang mana UPD telah menggunakan tray makanan"stainless steel" dan juga cawan stainless steel bagi menyahut Kesedaran Kelestarian dalam kalangan staf. Inisiatif ini merupakan julung kalinya yang telah dilakukan di Hospital USM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pembukaan daripada Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik seterusnya jamuan makan yang dimeriahkan lagi dengan alunan muzik hari raya. Terdapat pelbagai juadah yang disediakan hasil kerjasama semua staf di setiap bahagian.


















7 February 2024

Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24

 Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24 telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM.Terdapat 4 orang auditor dalaman bertugas untuk melakukan sesi audit di UPD. Auditor telah melakukan audit di beberapa kawasan dapur. Berdasarkan audit yang dilakukan terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.





4 February 2024

Selaut Budi, Seribu Memori

Assalamualaikum w.b.t.  Allahummaghfirulahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Pegawai Dietetik Hospital USM, Encik Mohd Syukri bin Hashim atas pemergian beliau. Semoga Allah mengampuni dia, merahmati, memuliakan kematian, dan melapangkan kubur arwah Encik Syukri yang telah meninggalkan kita pada 4 Februari 2024 (23 Rejab 1445 H) di Hospital Kulim, Kedah dan beliau telah dikebumikan di Perkuburan Kulim kerana sakit barah yang mana beliau merupakan seorang pegawai yang sangat komited dengan tugas serta memberi banyak sumbangan kepada Unit Pemakanan dan Dietetik sepanjang perkhidmatan beliau selama 5 tahun di Hospital USM. Beliau dikenali sebagai seorang rakan seperjuangan yang petah bercakap, ringan tulang serta sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Antara pencapaian beliau yang terbaharu adalah beliau mengetuai Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dalam mereka cipta aplikasi "APPSHEET" bagi susu formula dewasa dan kanak-kanak. Beliau juga aktif dalam memberi ceramah bagi ilmu pemakanan kepada semua golongan tidak kira umur. Beliau dikenali oleh orang ramai orang dengan sikap suka senyum. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat Unit Pemakanan dan Dietetik serta Hospital USM.




16 January 2024

Sesi CDE Bil 1/2024

 UPD, Hospital USM - Pada tarikh 16 Januari telah diadakan sesi CDE Bil 1/2024 yang mana wakil Syarikat Attivo Healthcare Sdn Bhd iaitiu Ms Chen Zi Xin (Bsc Dietetics, UPM) telah menyampaikan pembentangan formula susu bertajuk "Formula Nutrisi Untuk Pemulihan di Hospital: NFA Nutrile dan Insulle". CDE ini telah diadakan di Bilik Operasi, UPD, Hospital USM berkolaborasi dengan Caring Pharmacy Sdn Bhd.










Bengkel Staf UPD : Campus Online; My PERFOMANCE

 16/1/2024, UPD, HUSM- Bengkel ICT dalam kalangan staf UPD telah diadakan bertempat di Makmal Komputer, Hospital USM. Terdapat dua sesi diadakan iaitu sesi pertama pada jam 8:30 pagi-10:30 pagi dan sesi kedua pada 10:30 pagi - 12:30 tengah hari. Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel ini. Antara objektif utama termasuklah memastikan semua staf dapat meningkatkan kemahiran menggunakan MyPerfomance dengan mengisi JD dan SKT. Selain itu, dapat membina kemahiran IT serta dapat memberi pendedahan kepada staf kepentingan mengenai sasaran tahunan serta prestasi masing-masing. Dalam masa yang sama, staf juga mendapat mata CPD bagi kursus ICT sebanyak 3 mata.
















9 January 2024

SELAMAT TAHUN BARU 2024


 9/1/2024 - Selamat Tahun Baru 2024 diucapkan kepada semua 💓. Diharapkan pada tahun ini semua staf dan Unit Pemakanan dan Dietetik sentiasa diberkati Tuhan, dipermudahkan segala urusan serta dalam keadaan sihat walafiat. Pada tahun ini, aktiviti pembukaan tahun 2024 dimulakan dengan Mesyuarat Unit Pemakanan dan Dietetik yang bertempat di Bilik Operasi UPD. 

    Antara intipati mesyuarat, adalah mengenai garis masa mengenai beberapa audit, pembaharuan persijilan halal, makan malam tahunan UPD, peralihan tugas, mengenai aset UPD dan sebagainya.