17 Mei 2023- Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilifitri Peringkat Jabatan bertempat di Bilik Operasi UPD. Sambutan ini telah diadakan bermula jam 11:00 pagi dengan bacaan doa oleh Encik Zaiyed serta ucapan daripada Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Encik Wan Muhammad Amirul Azeem.Semua staf Unit Pemakanan dan Dietetik termasuk pelajar dietetik tahun akhir USM dan UNISZA terlibat sama dalam melakukan persiapan Majlis ini. Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah dimeriahkan lagi daripada jabatan dan unit lain seperti Jabatan Fisiologi, Unit Pematuhan Risiko, pegawai dietetik PPSK dan lain-lain. Terdapat banyak juadah hari raya yang telah disediakan oleh semua staf UPD termasuklah roti jala, nasi tomato, laksa, kuih muih dan soto.
17 May 2023
8 March 2023
Majlis Keraian Ramadhan 2023 dan Penyampaian Hadiah Staf Cemerlang 2022
23 Mac 2023 - Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM di bawah Jawatankuasa Kebajikan UPD telah mengadakan Majlis Keraian Ramadhan 2023 dan Penyampaian Hadiah Staf Cemerlang 2022 bertempat di Bilik Operasi UPD, Hospital USM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan dan ucapan oleh Ketua Unit UPD, Puan Wan Rimei Salha. Sepanjang majlis berlangsung pengagihan kurma kepada semua staf UPD telah diadakan. Selain itu, Seramai 4 orang staf telah dipilih sebagai staf cemerlang untuk bulan Januari sehingga Mac 2022itu Encik N.A Rahman dari bahagian penyediaan dan Encik Husni Haikal Abd Hadi di bahagian sajian pemakanan. Bagi Bulan April sehinggan Jun 2022 ialah En. W Othman, bulan Julai sehingga September ialah Puan Nor Yusmira Yusoff serta Oktober sehingga Disember 2022 ialah Encik Ahmad Subki Abdullah. Majlis berakhir pada 1.15 tengah hari.
27 October 2022
HARI WARGA EMAS SEDUNIA
Jabatan Perubatan Pesakit Dalam Hospital USM dengan kerjasama Unit Geriatrik Hospital Raja Perempuan Zainab 2 telah mengadakan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Hospital USM pada 27 Oktober 2022 (Khamis) yang bertempat di Dataran Merah PPSP. Program ini telah berlansung pada pukul 8 pagi sehingga 1.30 petang.
5 September 2022
AUDIT PENSIJILAN HALAL
Pada 1 Ogos 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik telah selesai diaudit oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan( JHEAIK) mengenai pensijilan halal.
Tahniah kepada warga UPD yang terlibat dalam memastikan audit ini berjalan dengan lancar dan semua teguran yang diberikan telah diambil tindakan
3 August 2022
Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia KPT-HUSM
Hospital USM telah menyertai Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia bersama Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Julai 2022 yang lalu. Unit Pemakanan & Dietetik telah menghantar wakil dua orang Pegawai Dietetik iaitu Pn. Rimei Salha dan Pn. Syarahani bagi menyertai program tersebut. Program ini berlangsung selama setengah hari, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Program seperti ini sangat bagus bagi mendekati masyarakat untuk memberi kesedaran tentang kesihatan.
19 July 2022
Kursus Kesedaran Risiko Pengendali Makanan
Pada 28 Jun 2022 yang lalu, Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah mengadakan kursus mengenai Kesedaran Risiko Pengendali Makanan bertempat di Bilik Seminar Bangunan Pentadbiran Hospital USM.
Kursus ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh staf UPD. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan penekanan mengenai risiko-risiko yang dihadapai oleh staf ketikan mengendalikan makanan.
4 July 2022
Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022
Unit Pemakanan & Dietetik bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan dan Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan dengan NutriFit365 Sdn. Bhd telah mengadakan Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022 pada 18 Jun 2022 yang lalu di bawah Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 bertempat di Mydin Mall Tunjong.
Antara objektif utama program adalah untuk
- Menggerakkan agenda kesejahteraan komuniti melalui penglibatan secara langsung ahli masyarakat dalam berkongsi pandangan berkaitan pendidikan pemakanan.
- Menyediakan medium komunikasi antara pihak dietitian dengan komuniti melalui program kesedaran pemakanan dan kesihatan terus kepada sasaran.
- Menggerakkan agenda cakna nutrisi dan advokasi kesedaran penjagaan kesihatan kepada komuniti.
Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang bagi dietitian mendekati masyarakat sekeliling dan menyebarkan ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan.
Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan di masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat!