Jabatan Perubatan Pesakit Dalam Hospital USM dengan kerjasama Unit Geriatrik Hospital Raja Perempuan Zainab 2 telah mengadakan Sambutan Hari Warga Emas Sedunia Peringkat Hospital USM pada 27 Oktober 2022 (Khamis) yang bertempat di Dataran Merah PPSP. Program ini telah berlansung pada pukul 8 pagi sehingga 1.30 petang.
27 October 2022
HARI WARGA EMAS SEDUNIA
5 September 2022
AUDIT PENSIJILAN HALAL
Pada 1 Ogos 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik telah selesai diaudit oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan( JHEAIK) mengenai pensijilan halal.
Tahniah kepada warga UPD yang terlibat dalam memastikan audit ini berjalan dengan lancar dan semua teguran yang diberikan telah diambil tindakan
3 August 2022
Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia KPT-HUSM
Hospital USM telah menyertai Program Outreach Health Screening Keluarga Malaysia bersama Kementerian Pengajian Tinggi pada 22 Julai 2022 yang lalu. Unit Pemakanan & Dietetik telah menghantar wakil dua orang Pegawai Dietetik iaitu Pn. Rimei Salha dan Pn. Syarahani bagi menyertai program tersebut. Program ini berlangsung selama setengah hari, bermula jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.
Program seperti ini sangat bagus bagi mendekati masyarakat untuk memberi kesedaran tentang kesihatan.
19 July 2022
Kursus Kesedaran Risiko Pengendali Makanan
Pada 28 Jun 2022 yang lalu, Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah mengadakan kursus mengenai Kesedaran Risiko Pengendali Makanan bertempat di Bilik Seminar Bangunan Pentadbiran Hospital USM.
Kursus ini berlangsung selama satu hari bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang dan telah disertai oleh staf UPD. Objektif kursus ini adalah untuk memberikan penekanan mengenai risiko-risiko yang dihadapai oleh staf ketikan mengendalikan makanan.
4 July 2022
Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022
Unit Pemakanan & Dietetik bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan dan Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan dengan NutriFit365 Sdn. Bhd telah mengadakan Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022 pada 18 Jun 2022 yang lalu di bawah Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 bertempat di Mydin Mall Tunjong.
Antara objektif utama program adalah untuk
- Menggerakkan agenda kesejahteraan komuniti melalui penglibatan secara langsung ahli masyarakat dalam berkongsi pandangan berkaitan pendidikan pemakanan.
- Menyediakan medium komunikasi antara pihak dietitian dengan komuniti melalui program kesedaran pemakanan dan kesihatan terus kepada sasaran.
- Menggerakkan agenda cakna nutrisi dan advokasi kesedaran penjagaan kesihatan kepada komuniti.
Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang bagi dietitian mendekati masyarakat sekeliling dan menyebarkan ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan.
Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan di masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat!
27 June 2022
LATIHAN KLINIKAL 2 PELAJAR DIETETIK USM
Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah menerima 16 orang pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) untuk menjalani sesi klinikal bagi Outpatient, Inpatient dan Special Unit.
Para pelajar telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan pelajar akan menjalani beberapa rotation mengikut disiplin Pegawai Dietetik.
Sepanjang latihan klinikal ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan praktikal bagi memastikan para pelajar dapat menjadi seorang Pegawai Dietetik yang kompeten semasa bertugas kelak.
21 June 2022
MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI DAN KERAIAN STAF UPD 2022
Pada 19 Mei 2022 yang lalu, Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM telah mengadakan satu jamuan raya yang dihadiri oleh warga UPD. Majlis ini telah diadakan di Crystal Colour Avenue, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis ini juga da untuk meraikan En Mohd Radzuan Awang yang bersara serta En. Mohd Ridzwan Mat Zain dan Cik Nur Aznizar Syaremy yang berpindah ke unit lain.
Diharapkan majlis seperti ini dapat diadakan di masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan antara keluarga UPD.