9 November 2021
Audit Sirim MS ISO 9001: 2015
3 October 2021
Selamat Datang
Pada bulan Ogos yang lalu, UPD telah menerima 2 orang Pegawai Dietetik yang baru, iaitu Cik Nuramanina binti Zainuddin (lapor diri pada 17/8/2021) dan Pn. Anis Najwa binti Samsuzuki (lapor diri pada 25/8/2021).
Selamat datang ke keluarga besar UPD dan terus bekerjasama bagi memastikan UPD sentiasa maju kehadapan.
24 September 2021
Latihan Industri Perkhidmatan Makanan Pelajar Dietetik USM
Seramai 12 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) USM telah menjalani latihan industri perkhidmatan makanan bagi memenuhi keperluan pengijazahan.
Para pelajar telah dibahagikan kepada dua kelompok bagi memastikan SOP dapat dijaga dengan baik iaitu:
- Kelompok 1 (7 orang) iaitu pada 25/8/2021 - 23/9/2021
- Kelompok 2 (5 orang) iaitu pada 12/9/2021 - 7/10/2021
22 August 2021
Latihan Dietetik Klinikal Pesakit Dalam 2 Dan Unit Khas 2 (Fasa 2 dan Fasa 3)
Bermula 20 Jun 2021 sehingga 25 Julai 2021, seramai 14 orang pelajar Dietetik tahun akhir USM telah menjalani latihan klinikal pesakit dalam II dan Unit Khas II.
Selepas itu, latihan diteruskan ke fasa 3 yang melibatkan 5 orang pelajar. Latihan klinikal telah berlangsung dari 26 Julai 2021 hingga 19 Ogos 2021.
Sepanjang latihan klinkal, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai kes-kes yang memerlukan intervensi Pegawai Dietetik. Selain itu, pelajar juga telah membentangkan beberapa kes kepada para Pegawai Dietetik sebagai sesi Continuos Staff & Student Education (CSSE)
21 July 2021
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2020
Seramai 8 orang warga UPD telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2020.
Disebabkan faktor pandemik yang sedang melanda Malaysia dan dunia, sesi penyampaian sijil hanya dilakukan secara bersedirian dan telah disampaikan oleh Pn Wan Rimei Salha.
Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah dan semoga semua warga akan terus komited dalam menjalankan amanah dan tugas.
30 June 2021
Persaraan Pn Wan Meriam
Pada 30 Jun 2021, satu majlis persaraan untuk Puan Wan Meriam telah diadakan. Majlis hanya dihadiri oleh ketua unit, Puan Wan Rimei Salha dan Puan Wan Meriam sahaja disebabkan faktor situasi semasa Covid19.
Majlis dimulai dengan ucapan daripada Ketua Unit dan diikuti oleh ucapan yang dirai. Selepas itu, wakil setiap bahagian memberikan cenderahati tanda ingatan dengan menggunakan sistem penggiliran bagi mengelakkan berkumpul.
Pihak UPD mengharapkan Pn Wan Meriam terus maju jaya dan tidak melupakan kami di UPD.
24 May 2021
Latihan Dietetik Klinikal Pesakit Dalam 2 Dan Unit Khas 2 (Fasa 1)
Seramai 12 orang pelajar Dietetik tahun akhir USM telah menjalani latihan klinikal Pesakit Dalam 2 dan Unit Khas 2 dari 21/3/2021 hingga 22/4/2021. Sepanjang latihan ini, para pelajar telah dibahagikan kepada 4 kumpulan dan pusingan klinikal mengikut disiplin.
Para pelajar juga telah membentangkan pembentangan kes- kes yang diuruskan di dalam wad dan dinilai oleh Pegawai Dietetik.
















