28 February 2020

CSSE BIL 2/2020

Pada 4 Februari 2020 yang lalu, satu sesi CSSE telah diadakan bagi sesi pembentangan oleh pelajar Dietetik UITM Puncak Alam yang telah menjalani praktikal perkhidmatan makanan di dapur UPD, HUSM.

Pembentangan ini telah dibentangkan oleh 4 orang pelajar iaitu:

  1. Nik Husna Diyana Nik Rahimy
  2. Mohd Firdaus Mat Razali
  3. Nur Anis Syahida Rosli
  4. Siti Norzulaika Zakaria
Terdapat 2 tajuk telah dibentangkan iaitu:
  1. Laporan Latihan Perkhidmatan Makanan di UPD
  2. Mini Projek: Analisis Nutrien Menu di Hospital USM

CSSE BIL 1/2020

Pada 20 Januari 2020 yang lepas, satu sesi CSSE telah diadakan dengan tajuk Pengenalan KIK dan LEAN. Pembentangan CSSE ini telah dibentangkan oleh Pn. Khairun Nisah.

Tujuan sesi CSSE ini diadakan untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci mengenai projek LEAN dan KIK supaya semua projek yang dijalankan pada tahun 2020 berjalan dengan lancar seperti mana panduan yang digariskan untuk setiap projek.



Lawatan UITM Cawangan Machang

Pada 13 Januri 2019 yang lalu, seramai 24 orang pelawat dari UITM Machang yang terdiri daripada staf asrama dan perwakilan pelajar telah mengadakan lawatan ke Dapur HUSM.

Program tersebut bermula dengan taklimat mengenai UPD yang disampaikan oleh Pn Rimei Salha. Selepas itu, para pelawat telah dibawa ke dapur untuk sesi lawatan.





13 January 2020

Latihan Dietetik Klinikal Pesakit Luar II

Seramai 29 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) telah menjalani latihan Dietetik Pesakit Luar 2 bermula pada 8 September 2019 dan berakhir pada 12 Disember 2019.

Sepanjang latihan tersebut berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara termasuk juga kaunseling berkumpulan.






Latihan Industri Pelajar Perkhidmatan Makanan

Pada 29 Julai 2019 hingga 25 November 2019, seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada 3 pelajar diploma dan 4 pelajar Ijazah Sarjana Muda dari UITMtelah menjalani latihan perkhidmatan makanan di dapur Hospital Universiti Sains Malaysia. 

Sepanjang tempoh latihan tersebut, para pelajar telah didedahkan terhadap segala proses yang dilakukan di dapur. Diharapkan hasil dari lathian ini, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh di masa akan datang.





1 December 2019

Majlis Persaraan Pn Sabariah & En Nasri

Pada 29 Ogos 2019, satu majlis persaraan telah diadakan untuk meraikan dua staf UPD yang bersara, iaitu Pn Sabariah dan En Nasri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kesemua staff UPD. Diharapkan kedua-dua mereka terus maju jaya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini.




Seminar on Effective Weight Loss Management

Satu seminar bertajuk Seminar on Effective Weight Loss Management telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2019. Seminar ini merupakan anjuran Unit Pemakanan & Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dan Kelab DIETNUTRI Negeri Kelantan.

Seminar ini telah disertai oleh 104 orang perserta yang terdiri daripada pelbagai bidang dan profesional. Berikut merupakan senarai penceramah yang mempunyai bidang kepakaran dalam pengurusan berat badan:
  1. Asst. Prof. Dr. Jamilah Hanum Binti Abdul Khaiyom
  2. Encik Mohd Khairul Azuan Bin Din
  3. Encik Nurul Azuar Bin Hamzah
  4. Puan Siti Azima Binti Awang
  5. En. Mohd. Hairil Nizam Bin Abd Hamid
Diharapakan segala input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua peserta yang hadir.