14 December 2013

LATIHAN INDUSTRI DIETETIK DALAM WAD II DAN LATIHAN DIETETIK UNIT KHAS II


  Pada 17 Februari 2013 sehingga  25 April 2013, UPD telah menerima sejumlah 9 orang pelajar untuk melakukan latihan IPD dan SU. Perjalanan latihan ini berjalanan selama 10 minggu ini bertujuan mendedahkan kepada para pelajar mengenai Industri Dietetik Dalam Wad  dan Dietetik Unit Khas, malahan mendekatkan para pelajar kepada suasana dan persekitan bekerja. 

 Antara pelajar yang terlibat ialah Latifah Ahmad, Nor Alifah Mokhtar, Loh Yu Ping, Radhirah Ismail, Kamaliah Yusoff, Bibi Nabihah Abdul Hakim, Siti Zubaidah Jaapar, Nor Adilah Idayu Mohd Sok dan Yong Lin Hsin. Mereka ini dibahagikan kepada empat kumpulan dan bergilir-gilir dalam menjalankan latihan.

PELAJAR YANG TERLIBAT
KAMALIAH DAN BIBI NABIHAH


 Antara latihan yang disediakan ialah Medikal dan Surgeri Am yang melibatkan fasilitator Cik Hajra dan Pn Nisah. Paediatrik dan O&G yang dikendalikan oleh Pn. Kamarul. Azmani dan Pn. Ruqayyah. Surgeri HDU dan Burn Unit dikendali pula oleh Pn Syarahani dan Pn Rimei dan yang terakhir iaitu ICU & CCU, Pn Siti Azima dan Pn Ruhani.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Unit Pemakanan dan Dietetik pada tahun ini diraikan seperti tahun-tahun yang lepas. Semua staf dan pegawai tidak ketinggalan memeriahkan majlis.  Pada kali ini, majlis tersebut telah diadakan pada 5 Februari 2013, hari Selasa di ruang sajian Unit Pemakanan.

  Majlis bermula sekitar jam 12 tengah hari, pada waktu rehat. Majlis didahului dengan ucapan ringkas daripada Tn. Hj Zulkifli Awang, Timbalan Pengarah UPD. Beliau memberikan pengharapan yang tinggi terhadap perkembangan Unit Pemakanan dan kerjasama sepasukan yang tinggi.

MAJLIS MAULIDUR RASUL

 Kemudian, bagi memberkati majlis, bacaan selawat diadakan. Bacaan ini diketuai oleh beliau, Tn. Hj Zulkifli Awang, Timbalang Pengarah UPD sendiri. Bacaan selawat berlangsung kira-kira setengah jam sebelum majlis diteruskan lagi dengan agenda yang lain.

  Kesempatan ini diambil untuk mengumumkan mengenai tiga orang staf yang bakal menunaikan Umrah tidak lama lagi. Sumbangan diberikan dari Tabung Kebajikan UPD sebagai tanda peringatan dan doa selamat dibaca. Tiga orang staf yang bertuah itu ialah Tn Hj Zulkifli Awang, Pn Siti Azima Awang dan En Azhar Mustapha.

 Majlis selesai dengan makan tengah hari.
 
KHUSYUK MENDENGAR KATA-KATA ALUAN DARI KETUA UNIT



PEMBAHAGIAN CENDERAHATI
 
 








 


19 December 2012

PERJUANGAN D'MENSI DITERUSKAN: KONVENSYEN ICC KEBANGSAAN 2012

Dengan berbekalkan ANUGERAH EMAS, sekali lagi Kumpulan D'MENSI akan berjuang di Konvensyen ICC Kebangsaan 2012 yang mana kali ini diadakan pada 14-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Persediaan terakhir malam sebelum pembentangan
Selepas pembentangan
Kami hanya berjaya meraih EMAS 2 BINTANG...


D'MENSI WAKIL UPD KE KONVENSYEN ICC WILAYAH PANTAI TIMUR

Alhamdulillah.... ada juga wakil dari Unit Pemakanan dan Dietetik untuk bertanding di Konvensyen ICC Wilayah Pantai Timur yang telah berlangsung pada 4 - 5 Julai 2012 bertempat di Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.


Bersantai dalam bas, perjalanan dari USMKK ke Gambang
Serikandi D'MENSI. Dari kiri: Na, Siti, Che Yah, Azmanie, Syarahani dan Fatimah Wati
Debaran bermula.... Doakan kami berjaya.
Kenangan KUMPULAN D'MENSI
KEPUTUSANNYA.....
Syukur ALHAMDULILLAH..... D'MENSI meraih ANUGERAH EMAS







BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Sajian khusus kepada kumpulan sokongan di UPD bagi memenuhi keperluan perkhidmatan. Bengkel ini diadakan sebanyak 2 kali bagi memastikan semua staf sasaran dapat melibatkan diri iaitu pada 18 JUN 2012 dan 10 JULAI 2012 yang lalu. Antara matlamat kursus ialah:
1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan,motivasi serta menanamkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
2. Memastikan aktiviti-aktiviti tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit.
3. Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan dengan Perkhidmatan Sajian.



JAMUAN MAKAN KELUARGA UPD 2012

Pada tahun ini UPD telah berjaya mengadakan acara tahunan iaitu Jamuan Makan Keluarga UPD 2012. Acara kali ini diadakan di Hotel Sutera Inn, Kota Bharu. Pelbagai aktiviti diadakan dan dirasmikan oleh Tn Hj Zulkifli b Awang, Timbalan Pengarah, Unit Pemakanan dan Dietetik sendiri.

 
Ucapan Perasmian daripada Tn Hj Zulkifli Awang
















                                                                                                                        
Antara hadiah yang disediakan untuk cabutan bertuah
Penuh debaran... Siapakah yang paling bertuah di kalangan yang bertuah?

23 July 2012

KONVENSYEN KIK 2012 KAMPUS KESIHATAN

Berikutan kejayaan Kumpulan D'MENSI dan Kumpulan DIET 3 di Peringkat HUSM, sekali lagi 2 kumpulan ini telah mewakili Unit Pemakanan dan Dietetik ke KONVENSYEN KIK KAMPUS KESIHATAN 2012 pada 30 Mei yang lalu...Keputusannya.....Kedua-dua kumpulan telah meraih EMAS 2 BINTANG. Alhamdulillah.....
Dapatkan perjuangan kumpulan D'MENSI dan DIET 3 diteruskan ke peringkat yang lebih tinggi???

Dari kiri: Pn Zaini, Cik Hajra, Pn Azima, Pn Ruhani, Pn Maisarah, Pn Nisah, Pn Zakiah dan Pn Ruqayyah.

Dari kiri: Pn Fatimah, Pn Che Yah, Cik Liyana, Pn Azmanie, En Khairul, En Zayed, Pn Fatimah Wati, Pn Sarina, Pn Siti Hasmah dan Pn Syarahani.