27 March 2025

Majlis Iftar UPD 2025

Sambutan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar 2025 anjuran UPD telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di dapur Hospital Pakar USM. Majlis Iftar ini telah diadakan secara sederhana namun meriah dengan pengisian majlis tahlil serta solat maghrib berjemaah. Iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran para staf UPD. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Pn Rimei Salha selaku Ketua Unit. Hidangan telah disediakan oleh staf bahagian penyediaan. Antara makanan utama yang disediakan ialah ikan patin masak tempoyak dan ikan patin bakar. Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar.

10 March 2025

CSSE ICT Anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik

Pada Mac 2025, Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan beberapa siri ICT yang disampaikan oleh pegawai dietetik UPD iaitu: Siri 1: Jadi Kreatif Dengan Canva - Pn Nur Amanina Siri 2: Mari Mengenali Microsoft Word - Pn Anis Najwa Siri 3: Memaksimumkan penggunaan aplikasi bookDoc untuk penilaian M5- Pn Kazmanie Siri 4: Cara guna excel dengan betul - Pn Azima Semua staf UPD telah menghadiri kursus ICT termasuklah staf pejabat, bahagian penyediaan dan bahagian sajian dan memperoleh mata CPD.

20 February 2025

Program Senamrobik sempena sambutan hari kanser sedunia anjuran unit klinikal HPUSM

Pada 19 Februari 2025, Unit Klinikal Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan program senamrobik sempena sambutan hari kanser sedunia yang diadakan di dataran berhadapan bangunan Pentadbiran Hospital USM. Senamrobik ini membawa kelainan yang uni yang mana bertemakan pemakaian tradisional. Peserta perempuan dikehendaki memakai kain batik manakala peserta lelaki memakai kain sarung. Senamrobik ini mendapat sambutan daripada semua staf husm dari pelbagai jabatan dan unit termasuklah staf daripada Unit Pemakanan dan Dietetik iaitu Pegawai Dieteik Puan Anis Najwa dan Puan Kazmanie serta Pembantu Operasi Puan Khanna.Turut hadir Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @ Ab. Ghani untuk merasmikan program senamrobik.

Majlis Perutusan Naib Canselor 2025

Pada 20 Februari 2025- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia iaitu Prof Dato' Seri Ir. Dr.Abdul Rahman telah memberi utusan dalam Majlis Perutusan Naib Canselor 2025 yang mana pengisiannya padat dengan tajuk : Kcemerlangan Berteraskan Impak. Antara isi kandungan dalam majlis perutusan 2025 termasuklah : 1. Sorotan Pencapaian 2024 2. Halatuju dan Perancangan Strategik 2024 3. Way forward

26 January 2025

Ceramah Sempena Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Kelantan

Pada 26 Januari 2025- Puan Khairun Nisah telah dijemput sebagai penceramah bagi tajuk ceramah Pemakanan Sihat sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Kelantan 2025. Ceramah ini bertempat di Dewan Bunga Raya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bachok, Kelantan bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPPKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia Cawangan Bachok (KEPTAN).
#SDG3GOODHEALTHANDWELLBEING #SDG4QUALITYEDUCATION

13 January 2025

Perjumpaan Bersama Pengarah Hospital Pakar USM

Unit Pemakanan dan Dietetik telah dijemput oleh Pengarah Hospital dalam sesi Perjumpaan Bersama Pengarah mengikut unit-unit atau jabatan-jabatan yang ditetapkan pada 13 Januari 2025. Sesi ini mengambil masa selama 40 minit. Puan Wan Rimei Salha selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik telah membentangkan pengenalan UPD, Laporan Tahunan 2024 serta beberapa Cabaran dan cadangan turut disertakan. Hasil daripada perjumpaan ini, terdapat banyak perkara yang dibincangkan termasuklah mengenai isu perjawatan, isu perkhidmatan makanan dan lain-lain. Bak kata Pengarah Hospital, staf UPD merupankan "Unsung Heroes" yang menjadi salah satu unit yang terpenting bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit melalui pemakananan. Diharapkan dari hasil perjumpaan ini, terdapat perubahan ke arah kebaikan yang dicapai oleh UPD pada tahun 2025.

7 January 2025

Perutusan Pengarah 2025

 




Pada 7 Januari 2025, Hospital Pakar USM telah mengadakan Majlis Perutusan Pengarah baru sempena pelantikan Pengarah yang baru iaitu Professor Dato' Dr Abd Rahman Izaini Ghani @ Abd Ghani. Terdapat banyak intipati daripada peutusan pengarah yang boleh didapati sepanjang majlis berlangsung.

Kami pihak Unit Pemakanan dan Dietetik ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Professor Dato' Dr Abd Rahman Izaini Ghani @ Abd Ghani atas pelantikan tersebut.

1 January 2025

Selamat Tahun Baru 2025!

 


Selamat Tahun Baru 2025 diucapkan kepada semua pelawat blog Unit Pemakanan dan Dietetik. Semoga tahun baru ini dapat memastikan gerak kerja serta azam tahun baru dapat dicapai dan dipermudahkan.

Jadikan tahun lalu sebagai pengajaran dan pengalaman yang berharga dan tahun ini sebagai jalan mewujudkan impian.




27 November 2024

Program Mobiliti Pelajar Luar Negara

Pada 26 November 2024, Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital pakar USM telah menerima lawatan daripada 21 orang Pelajar Nutrisi serta 3 orang pensyarah dari University Deakin, Australia. 

Mereka telah diberi pengenalan dan penerangan dari sudut perkhidmatan pemakanan dan klinikal Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital Pakar USM. 


Lawatan ke Klinik Dietetik Pesakit Luar

Penerangan kepada pelajar luar negara







11 September 2024

Projek Kelestarian UPD

 Pada 8 September sehingga 11 September 2024, terdapat beberapa Pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kelestarian termasuklah menghiasi pejabat UPD dengan pokok-pokok hiasan bagi mengekalkan UPD sebagai Pejabat Hijau serta menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk membuat hiasan, Inisiatif ini telah memberikan impak positif kepada Hospital USM yang menjadi salah satu unit yang aktif terlibat menjayakan Kempen Kelestarian USM.



1 August 2024

Taklimat Pemuliharaan Pendengaran dan Kebisingan

Pada 7 Ogos 2024, satu taklimat pemuliharaan pendengaran dan kebisingan yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Ramli diadakan di Auditorium Hospital USM. Beberapa perkara yang dikemukakan termasuklah Kategori Bunyi, Penguatkuasaan, Pengenalpastian jenis bising yang berlebihan di dapur dan cara menangani bising.

30 July 2024

Majlis Makan Malam UPD 2024

Majlis Makan Malam UPD 2024 telah diadakan pada 26 Julai 2024 bertempat di Anjung Rebana. Majlis ini dihadiri oleh staf UPD seramai 98 orang diikuti oleh dengan ahli keluarga yang turut memeriahkan majlis. Majlis Makan Malam ini bertemakan Arabic Night yang mana didahului oleh Video Montaj Makan Malam memaparkan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta memberi penghormatan kepada dua orang staf UPD yang telah pergi mengadap ilahi. Seterusnya makan malam diteruskan dengan ucapan oleh Puan Wan Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik  dan diteruskan dengan cabutan bertuah dan permainan di pentas yang diketuai oleh Encik Shahid. Majlis Makan Malam berakhir dengan pengumuman Queen of The Night yang dimenangi oleh Puan NorSyarahani dan King of The Night oleh Encik Wan.





 

3 July 2024

Audit Persijilan Semula Halal 2024

 Pada1 Julai 2024, audit persijilan halal telah dilakukan oleh Halal Executive dan terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Alhamdulillah hasil daripada laporan HALAL JAKIM Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah menerima Sijil Persijilan Halal JAKIM yang mana tarikh yang dikeluarkan adalah pada 1 Oktober 2024 sah sehingga 30 September 2026.

 Semua teguran telah diambil tindakan penambahbaikan segera bagi memastikan Sijil Halal yang baharu ini diperolehi sebelum tamat tarikh sah Sijil Halal sekarang .

Dengan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih terhadap pihak Pengurusan Tertinggi Hospital USM dan  Unit Pematuhan & Pengurusan Risiko serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga kami berjaya memperolehi pensijilan semula Sijil HALAL ini.

Semoga Allah memberkati dan sentiasa permudahkan segala urusan kita semua .







27 June 2024

Hari Terakhir Pelajar Tahun Akhir Sesi 2023-2024

 Pada 26 Jun 2024, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, USM telah berjaya menghabiskan penempatan latihan dietetik Klinikal Pesakit Dalam dan Special Unit setelah berakhirnya sesi pembentangan case study kepada semua Pegawai Dietetik USM. Dengan ini, kami keluarga UPD ingin mengucapkan Selamat Maju dan semoga menjadi manusia manusia yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara. Diharapkan segala ilmu yang dikongsi dapat memberi kebaikan kepada pelajar untuk mengharungi dunia sebenar.


29 May 2024

Taklimat Latihan Staf - MSQH

Pada 29 Mei 2024, seramai 98 orang telah terlibat dalam Latihan Staf- MSQH yang diadakan di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar. Taklimat ini merupakan taklimat satu hari yang melibatkan beberapa sesi perkongsian ilmu. Sebagai contohnya, Pn Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik menyampaikan ilmu mengenai Penerapan Piawaian MSQH dalam SOP dan Proses Kerja, seterusnya perkongsian pengalaman daripada Dietitian Puan Rose, KPJ Perdana, Kota Bharu, mengenai Hospital KPJ Perdana Akreditasi MSQH. Pada sebelah petang terdapat sesi kerja dalam kumpulan yang mana semua staf dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberi tugasan dan "case study" bagaimana untuk menguruskan sesuatu isu bersesuaian dengan standard MSQH. Setiap kumpulan diwajibkan untuk melakukan pembentangan setelah selesai melakukan tugasan dalam kumpulan. 






1 May 2024

Riang Ria Raya Unit Pemakanan dan Dietetik 2024

 30 April 2024- Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan bertempat di Bilik Operasi UPD. Raya kali ini membawa kelainan kerana unsur kelestarian telah diterapkan yang mana UPD telah menggunakan tray makanan"stainless steel" dan juga cawan stainless steel bagi menyahut Kesedaran Kelestarian dalam kalangan staf. Inisiatif ini merupakan julung kalinya yang telah dilakukan di Hospital USM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pembukaan daripada Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik seterusnya jamuan makan yang dimeriahkan lagi dengan alunan muzik hari raya. Terdapat pelbagai juadah yang disediakan hasil kerjasama semua staf di setiap bahagian.


















7 February 2024

Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24

 Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24 telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM.Terdapat 4 orang auditor dalaman bertugas untuk melakukan sesi audit di UPD. Auditor telah melakukan audit di beberapa kawasan dapur. Berdasarkan audit yang dilakukan terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.





4 February 2024

Selaut Budi, Seribu Memori

Assalamualaikum w.b.t.  Allahummaghfirulahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Pegawai Dietetik Hospital USM, Encik Mohd Syukri bin Hashim atas pemergian beliau. Semoga Allah mengampuni dia, merahmati, memuliakan kematian, dan melapangkan kubur arwah Encik Syukri yang telah meninggalkan kita pada 4 Februari 2024 (23 Rejab 1445 H) di Hospital Kulim, Kedah dan beliau telah dikebumikan di Perkuburan Kulim kerana sakit barah yang mana beliau merupakan seorang pegawai yang sangat komited dengan tugas serta memberi banyak sumbangan kepada Unit Pemakanan dan Dietetik sepanjang perkhidmatan beliau selama 5 tahun di Hospital USM. Beliau dikenali sebagai seorang rakan seperjuangan yang petah bercakap, ringan tulang serta sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Antara pencapaian beliau yang terbaharu adalah beliau mengetuai Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dalam mereka cipta aplikasi "APPSHEET" bagi susu formula dewasa dan kanak-kanak. Beliau juga aktif dalam memberi ceramah bagi ilmu pemakanan kepada semua golongan tidak kira umur. Beliau dikenali oleh orang ramai orang dengan sikap suka senyum. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat Unit Pemakanan dan Dietetik serta Hospital USM.




16 January 2024

Sesi CDE Bil 1/2024

 UPD, Hospital USM - Pada tarikh 16 Januari telah diadakan sesi CDE Bil 1/2024 yang mana wakil Syarikat Attivo Healthcare Sdn Bhd iaitiu Ms Chen Zi Xin (Bsc Dietetics, UPM) telah menyampaikan pembentangan formula susu bertajuk "Formula Nutrisi Untuk Pemulihan di Hospital: NFA Nutrile dan Insulle". CDE ini telah diadakan di Bilik Operasi, UPD, Hospital USM berkolaborasi dengan Caring Pharmacy Sdn Bhd.










Bengkel Staf UPD : Campus Online; My PERFOMANCE

 16/1/2024, UPD, HUSM- Bengkel ICT dalam kalangan staf UPD telah diadakan bertempat di Makmal Komputer, Hospital USM. Terdapat dua sesi diadakan iaitu sesi pertama pada jam 8:30 pagi-10:30 pagi dan sesi kedua pada 10:30 pagi - 12:30 tengah hari. Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel ini. Antara objektif utama termasuklah memastikan semua staf dapat meningkatkan kemahiran menggunakan MyPerfomance dengan mengisi JD dan SKT. Selain itu, dapat membina kemahiran IT serta dapat memberi pendedahan kepada staf kepentingan mengenai sasaran tahunan serta prestasi masing-masing. Dalam masa yang sama, staf juga mendapat mata CPD bagi kursus ICT sebanyak 3 mata.