Majlis Makan Malam UPD 2024 telah diadakan pada 26 Julai 2024 bertempat di Anjung Rebana. Majlis ini dihadiri oleh staf UPD seramai 98 orang diikuti oleh dengan ahli keluarga yang turut memeriahkan majlis. Majlis Makan Malam ini bertemakan Arabic Night yang mana didahului oleh Video Montaj Makan Malam memaparkan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta memberi penghormatan kepada dua orang staf UPD yang telah pergi mengadap ilahi. Seterusnya makan malam diteruskan dengan ucapan oleh Puan Wan Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik dan diteruskan dengan cabutan bertuah dan permainan di pentas yang diketuai oleh Encik Shahid. Majlis Makan Malam berakhir dengan pengumuman Queen of The Night yang dimenangi oleh Puan NorSyarahani dan King of The Night oleh Encik Wan.
30 July 2024
3 July 2024
Audit Persijilan Semula Halal 2024
Pada1 Julai 2024, audit persijilan halal telah dilakukan oleh Halal Executive dan terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Alhamdulillah hasil daripada laporan HALAL JAKIM Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah menerima Sijil Persijilan Halal JAKIM yang mana tarikh yang dikeluarkan adalah pada 1 Oktober 2024 sah sehingga 30 September 2026.
Semua teguran telah diambil tindakan penambahbaikan segera bagi memastikan Sijil Halal yang baharu ini diperolehi sebelum tamat tarikh sah Sijil Halal sekarang .
Dengan ini kami ingin merakamkan ucapan terima kasih terhadap pihak Pengurusan Tertinggi Hospital USM dan Unit Pematuhan & Pengurusan Risiko serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung terhadap sokongan dan kerjasama yang diberikan sehingga kami berjaya memperolehi pensijilan semula Sijil HALAL ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)