Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24 telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM.Terdapat 4 orang auditor dalaman bertugas untuk melakukan sesi audit di UPD. Auditor telah melakukan audit di beberapa kawasan dapur. Berdasarkan audit yang dilakukan terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.
7 February 2024
4 February 2024
Selaut Budi, Seribu Memori
Assalamualaikum w.b.t. Allahummaghfirulahu warhamhu wa'afihi wa'fuanhu. Salam takziah diucapkan kepada keluarga Pegawai Dietetik Hospital USM, Encik Mohd Syukri bin Hashim atas pemergian beliau. Semoga Allah mengampuni dia, merahmati, memuliakan kematian, dan melapangkan kubur arwah Encik Syukri yang telah meninggalkan kita pada 4 Februari 2024 (23 Rejab 1445 H) di Hospital Kulim, Kedah dan beliau telah dikebumikan di Perkuburan Kulim kerana sakit barah yang mana beliau merupakan seorang pegawai yang sangat komited dengan tugas serta memberi banyak sumbangan kepada Unit Pemakanan dan Dietetik sepanjang perkhidmatan beliau selama 5 tahun di Hospital USM. Beliau dikenali sebagai seorang rakan seperjuangan yang petah bercakap, ringan tulang serta sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya diperlukan. Antara pencapaian beliau yang terbaharu adalah beliau mengetuai Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) dalam mereka cipta aplikasi "APPSHEET" bagi susu formula dewasa dan kanak-kanak. Beliau juga aktif dalam memberi ceramah bagi ilmu pemakanan kepada semua golongan tidak kira umur. Beliau dikenali oleh orang ramai orang dengan sikap suka senyum. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan yang besar buat Unit Pemakanan dan Dietetik serta Hospital USM.
Subscribe to:
Posts (Atom)