Pada 8 September sehingga 11 September 2024, terdapat beberapa Pegawai dan staf yang terlibat dalam menjayakan aktiviti Kelestarian termasuklah menghiasi pejabat UPD dengan pokok-pokok hiasan bagi mengekalkan UPD sebagai Pejabat Hijau serta menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk membuat hiasan, Inisiatif ini telah memberikan impak positif kepada Hospital USM yang menjadi salah satu unit yang aktif terlibat menjayakan Kempen Kelestarian USM.
11 September 2024
1 August 2024
Taklimat Pemuliharaan Pendengaran dan Kebisingan
Pada 7 Ogos 2024, satu taklimat pemuliharaan pendengaran dan kebisingan yang disampaikan oleh Encik Roslan bin Ramli diadakan di Auditorium Hospital USM. Beberapa perkara yang dikemukakan termasuklah Kategori Bunyi, Penguatkuasaan, Pengenalpastian jenis bising yang berlebihan di dapur dan cara menangani bising.
30 July 2024
Majlis Makan Malam UPD 2024
Majlis Makan Malam UPD 2024 telah diadakan pada 26 Julai 2024 bertempat di Anjung Rebana. Majlis ini dihadiri oleh staf UPD seramai 98 orang diikuti oleh dengan ahli keluarga yang turut memeriahkan majlis. Majlis Makan Malam ini bertemakan Arabic Night yang mana didahului oleh Video Montaj Makan Malam memaparkan aktiviti sepanjang tahun 2023 dan 2024 serta memberi penghormatan kepada dua orang staf UPD yang telah pergi mengadap ilahi. Seterusnya makan malam diteruskan dengan ucapan oleh Puan Wan Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik dan diteruskan dengan cabutan bertuah dan permainan di pentas yang diketuai oleh Encik Shahid. Majlis Makan Malam berakhir dengan pengumuman Queen of The Night yang dimenangi oleh Puan NorSyarahani dan King of The Night oleh Encik Wan.
3 July 2024
Audit Persijilan Semula Halal 2024
Pada1 Julai 2024, audit persijilan halal telah dilakukan oleh Halal Executive dan terdapat beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan. Alhamdulillah hasil daripada laporan HALAL JAKIM Unit Pemakanan & Dietetik Hospital USM telah menerima Sijil Persijilan Halal JAKIM yang mana tarikh yang dikeluarkan adalah pada 1 Oktober 2024 sah sehingga 30 September 2026.
27 June 2024
Hari Terakhir Pelajar Tahun Akhir Sesi 2023-2024
Pada 26 Jun 2024, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Dietetik, USM telah berjaya menghabiskan penempatan latihan dietetik Klinikal Pesakit Dalam dan Special Unit setelah berakhirnya sesi pembentangan case study kepada semua Pegawai Dietetik USM. Dengan ini, kami keluarga UPD ingin mengucapkan Selamat Maju dan semoga menjadi manusia manusia yang dapat memberi manfaat kepada agama, bangsa dan Negara. Diharapkan segala ilmu yang dikongsi dapat memberi kebaikan kepada pelajar untuk mengharungi dunia sebenar.
29 May 2024
Taklimat Latihan Staf - MSQH
Pada 29 Mei 2024, seramai 98 orang telah terlibat dalam Latihan Staf- MSQH yang diadakan di Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar. Taklimat ini merupakan taklimat satu hari yang melibatkan beberapa sesi perkongsian ilmu. Sebagai contohnya, Pn Rimei selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik menyampaikan ilmu mengenai Penerapan Piawaian MSQH dalam SOP dan Proses Kerja, seterusnya perkongsian pengalaman daripada Dietitian Puan Rose, KPJ Perdana, Kota Bharu, mengenai Hospital KPJ Perdana Akreditasi MSQH. Pada sebelah petang terdapat sesi kerja dalam kumpulan yang mana semua staf dibahagikan mengikut kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diberi tugasan dan "case study" bagaimana untuk menguruskan sesuatu isu bersesuaian dengan standard MSQH. Setiap kumpulan diwajibkan untuk melakukan pembentangan setelah selesai melakukan tugasan dalam kumpulan.
1 May 2024
Riang Ria Raya Unit Pemakanan dan Dietetik 2024
30 April 2024- Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Jabatan bertempat di Bilik Operasi UPD. Raya kali ini membawa kelainan kerana unsur kelestarian telah diterapkan yang mana UPD telah menggunakan tray makanan"stainless steel" dan juga cawan stainless steel bagi menyahut Kesedaran Kelestarian dalam kalangan staf. Inisiatif ini merupakan julung kalinya yang telah dilakukan di Hospital USM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan pembukaan daripada Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik seterusnya jamuan makan yang dimeriahkan lagi dengan alunan muzik hari raya. Terdapat pelbagai juadah yang disediakan hasil kerjasama semua staf di setiap bahagian.
7 February 2024
Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24
Audit Survei Dalaman Penarafan HUSM Bil 1/24 telah diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM.Terdapat 4 orang auditor dalaman bertugas untuk melakukan sesi audit di UPD. Auditor telah melakukan audit di beberapa kawasan dapur. Berdasarkan audit yang dilakukan terdapat beberapa cadangan dan penambahbaikan yang perlu dilakukan.
4 February 2024
Selaut Budi, Seribu Memori
16 January 2024
Sesi CDE Bil 1/2024
UPD, Hospital USM - Pada tarikh 16 Januari telah diadakan sesi CDE Bil 1/2024 yang mana wakil Syarikat Attivo Healthcare Sdn Bhd iaitiu Ms Chen Zi Xin (Bsc Dietetics, UPM) telah menyampaikan pembentangan formula susu bertajuk "Formula Nutrisi Untuk Pemulihan di Hospital: NFA Nutrile dan Insulle". CDE ini telah diadakan di Bilik Operasi, UPD, Hospital USM berkolaborasi dengan Caring Pharmacy Sdn Bhd.
Bengkel Staf UPD : Campus Online; My PERFOMANCE
16/1/2024, UPD, HUSM- Bengkel ICT dalam kalangan staf UPD telah diadakan bertempat di Makmal Komputer, Hospital USM. Terdapat dua sesi diadakan iaitu sesi pertama pada jam 8:30 pagi-10:30 pagi dan sesi kedua pada 10:30 pagi - 12:30 tengah hari. Seramai 50 orang staf telah menyertai bengkel ini. Antara objektif utama termasuklah memastikan semua staf dapat meningkatkan kemahiran menggunakan MyPerfomance dengan mengisi JD dan SKT. Selain itu, dapat membina kemahiran IT serta dapat memberi pendedahan kepada staf kepentingan mengenai sasaran tahunan serta prestasi masing-masing. Dalam masa yang sama, staf juga mendapat mata CPD bagi kursus ICT sebanyak 3 mata.
9 January 2024
SELAMAT TAHUN BARU 2024
9/1/2024 - Selamat Tahun Baru 2024 diucapkan kepada semua 💓. Diharapkan pada tahun ini semua staf dan Unit Pemakanan dan Dietetik sentiasa diberkati Tuhan, dipermudahkan segala urusan serta dalam keadaan sihat walafiat. Pada tahun ini, aktiviti pembukaan tahun 2024 dimulakan dengan Mesyuarat Unit Pemakanan dan Dietetik yang bertempat di Bilik Operasi UPD.
Antara intipati mesyuarat, adalah mengenai garis masa mengenai beberapa audit, pembaharuan persijilan halal, makan malam tahunan UPD, peralihan tugas, mengenai aset UPD dan sebagainya.