5 November 2023- Bak cendawan tumbuh selepas hujan, begitulah perumpamaan daripada hasil tuaian Pasukan Kelestarian Unit Pemakanan dan Dietetik , Hospital USM yang segar dan bebas kimia. Tanaman yang dituai memberi hasil yang cukup lumayan dan memberi satu kepuasan kepada seluruh staf Unit Pemakanan dan Dietetik kerana Pasukan Kelestarian telah berjaya dalam tanaman hidroponik yang dilakukan julung kalinya pada tahun ini menyahut seruan bagi memperkasa dan melaksanakan kelestarian Green Office. Hari ini telah berlangsungnya penjualan sayuran hsail tanaman hidroponik yang dituai dan dipetik oleh Pasukan Kelestarian termasuklah Puan Ruqayyah, Pegawai Dietetik dan Encik Khairul, Penolong Pegawai Penyediaan Makanan. Penjualan ini mendapat sambutan baik dan Puan Wan Rimei Salha juga telah memberi penghargaan kepada Pengarah Hospital, Dato' Dr Nik Hishamuddin serta Timbalan Pengarah Operasi, Encik Saberi.