Unit Pemakanan & Dietetik bersama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesihatan Negeri Kelantan
dan Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan dengan NutriFit365 Sdn. Bhd telah mengadakan Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022 pada 18 Jun 2022 yang lalu di bawah Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 bertempat di Mydin Mall Tunjong.
Antara objektif utama program adalah untuk
- Menggerakkan agenda kesejahteraan komuniti melalui penglibatan secara
langsung ahli masyarakat dalam berkongsi pandangan berkaitan pendidikan
pemakanan.
- Menyediakan medium komunikasi antara pihak dietitian dengan komuniti
melalui program kesedaran pemakanan dan kesihatan terus kepada sasaran.
- Menggerakkan agenda cakna nutrisi dan advokasi kesedaran penjagaan
kesihatan kepada komuniti.
pelbagai aktiviti yang diadakan seperti Forum Kesihatan Buah Pinggang, Pameran Kesihatan, Permainan berkaitan kesihatan, pertandingan MyBento Sihat dan Pertandingan Mewarna.
Aktiviti seperti ini dapat memberi peluang bagi dietitian mendekati masyarakat sekeliling dan menyebarkan ilmu berkaitan pemakanan dan kesihatan.
Diharapkan program-program seperti ini dapat diadakan di masa akan datang.
Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang terlibat!