Seramai 14 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan Dietetik USM telah menjalankan latihan industri sebagai salah satu syarat graduasi. Disebabkan faktor pandemik Covid 19 yang telah melanda seluruh dunia, pelajar telah dibahgikan kepada 2 kumpulan bagi mengecilkan bilangan pelajar supaya dapat mematuhi Prosedur Operasi Standard ketika latihan diadakan. Dua sesi tersebut adalah:
Sesi 1: 16 Ogos 2020 sehingga 12 September 2020
Sesi 2: 13 September 2020 sehingga 10 Oktober 2020
Diakhir latihan, setiap pelajar telah membentangkan projek yang dijalankan sepanjang latihan dan dibentangkan di hadapan Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
Diharapkan segala ilmu yang diperoleh dapat digunakan di masa akan datang.