Seminar
ini bermatlamat untuk
1. Menyegar, meningkat serta memperluaskan pengetahuan, tahap kekerapan dan motivasi staf.
2. Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan perkhidmatan sajian serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan staf.
Seminar ini diadakan dalam 2 siri yang membolehkan 100% staf Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Pembantu Penyediaan Makanan dan Pembantu Operasi (Sajian) menghadirinya.
Antara topik yang dibentangkan ialah:
i. Kualiti dalam perkhidmatan makanan.
ii. Jaminan kualiti dalam proses penyediaan makanan.
iii. Mengihsankan rutin harian, menterjemahkan sebuah impian.
iv. Keselamatan di tempat kerja.
v. Kepuasan pelanggan sebagai petunjuk prestasi staf.
vi. Komunikasi berkesan – Interaksi Sihat Dalam Kalangan Staf.