27 March 2025
Majlis Iftar UPD 2025
Sambutan Majlis Berbuka Puasa atau Iftar 2025 anjuran UPD telah diadakan pada 26 Mac 2025 bertempat di dapur Hospital Pakar USM. Majlis Iftar ini telah diadakan secara sederhana namun meriah dengan pengisian majlis tahlil serta solat maghrib berjemaah. Iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran para staf UPD. Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan daripada Pn Rimei Salha selaku Ketua Unit. Hidangan telah disediakan oleh staf bahagian penyediaan. Antara makanan utama yang disediakan ialah ikan patin masak tempoyak dan ikan patin bakar. Majlis dimeriahkan dengan sesi bergambar.
10 March 2025
CSSE ICT Anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik
Pada Mac 2025, Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan beberapa siri ICT yang disampaikan oleh pegawai dietetik UPD iaitu:
Siri 1: Jadi Kreatif Dengan Canva - Pn Nur Amanina
Siri 2: Mari Mengenali Microsoft Word - Pn Anis Najwa
Siri 3: Memaksimumkan penggunaan aplikasi bookDoc untuk penilaian M5- Pn Kazmanie
Siri 4: Cara guna excel dengan betul - Pn Azima
Semua staf UPD telah menghadiri kursus ICT termasuklah staf pejabat, bahagian penyediaan dan bahagian sajian dan memperoleh mata CPD.
20 February 2025
Program Senamrobik sempena sambutan hari kanser sedunia anjuran unit klinikal HPUSM
Pada 19 Februari 2025, Unit Klinikal Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) telah menganjurkan program senamrobik sempena sambutan hari kanser sedunia yang diadakan di dataran berhadapan bangunan Pentadbiran Hospital USM. Senamrobik ini membawa kelainan yang uni yang mana bertemakan pemakaian tradisional. Peserta perempuan dikehendaki memakai kain batik manakala peserta lelaki memakai kain sarung. Senamrobik ini mendapat sambutan daripada semua staf husm dari pelbagai jabatan dan unit termasuklah staf daripada Unit Pemakanan dan Dietetik iaitu Pegawai Dieteik Puan Anis Najwa dan Puan Kazmanie serta Pembantu Operasi Puan Khanna.Turut hadir Pengarah Hospital USM, Profesor Dato' Dr. Ab. Rahman Izaini Ghani @ Ab. Ghani untuk merasmikan program senamrobik.
Majlis Perutusan Naib Canselor 2025
Pada 20 Februari 2025- Naib Canselor Universiti Sains Malaysia iaitu Prof Dato' Seri Ir. Dr.Abdul Rahman telah memberi utusan dalam Majlis Perutusan Naib Canselor 2025 yang mana pengisiannya padat dengan tajuk : Kcemerlangan Berteraskan Impak. Antara isi kandungan dalam majlis perutusan 2025 termasuklah :
1. Sorotan Pencapaian 2024
2. Halatuju dan Perancangan Strategik 2024
3. Way forward
26 January 2025
Ceramah Sempena Program Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Kelantan
Pada 26 Januari 2025- Puan Khairun Nisah telah dijemput sebagai penceramah bagi tajuk ceramah Pemakanan Sihat sempena Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Kelantan 2025. Ceramah ini bertempat di Dewan Bunga Raya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Bachok, Kelantan bermula jam 11.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Ceramah ini telah dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPPKN) Negeri Kelantan dengan kerjasama Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia Cawangan Bachok (KEPTAN).
#SDG3GOODHEALTHANDWELLBEING
#SDG4QUALITYEDUCATION
13 January 2025
Perjumpaan Bersama Pengarah Hospital Pakar USM
Unit Pemakanan dan Dietetik telah dijemput oleh Pengarah Hospital dalam sesi Perjumpaan Bersama Pengarah mengikut unit-unit atau jabatan-jabatan yang ditetapkan pada 13 Januari 2025. Sesi ini mengambil masa selama 40 minit. Puan Wan Rimei Salha selaku Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik telah membentangkan pengenalan UPD, Laporan Tahunan 2024 serta beberapa Cabaran dan cadangan turut disertakan. Hasil daripada perjumpaan ini, terdapat banyak perkara yang dibincangkan termasuklah mengenai isu perjawatan, isu perkhidmatan makanan dan lain-lain.
Bak kata Pengarah Hospital, staf UPD merupankan "Unsung Heroes" yang menjadi salah satu unit yang terpenting bagi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit melalui pemakananan. Diharapkan dari hasil perjumpaan ini, terdapat perubahan ke arah kebaikan yang dicapai oleh UPD pada tahun 2025.
7 January 2025
Perutusan Pengarah 2025
Pada 7 Januari 2025, Hospital Pakar USM telah mengadakan Majlis Perutusan Pengarah baru sempena pelantikan Pengarah yang baru iaitu Professor Dato' Dr Abd Rahman Izaini Ghani @ Abd Ghani. Terdapat banyak intipati daripada peutusan pengarah yang boleh didapati sepanjang majlis berlangsung.
Kami pihak Unit Pemakanan dan Dietetik ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada Professor Dato' Dr Abd Rahman Izaini Ghani @ Abd Ghani atas pelantikan tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)