14 December 2013

PENEMPATAN PELAJAR PROGRAM BACELOR SAINS (DIETETIK), UPM UNTUK LATIHAN PROFESIONAL, DIATETIK (PEMAKANAN KLINIKAL PESAKIT DALAM WAD)





 Bermula pada 9hb September 2013 sehingga 27hb Disember 2013, pihak UPD menerima sejumlah 4 orang pelajar untuk menjalankan latihan professional dietetik. Perjalanan latihan ini berlangsung lebih kurang  18 minggu dan dipecahkan kepada dua pusingan. Setiap pusingan melibatkan dua orang pelajar. Dua orang pelajar pada pusingan pertama (9 September 2013- 1 November 2013) ialah Nurumairah bt Hafitz dan Norasmihan bt Endot. Dan pada 6 November 2013- 27 Disember 2013 iaitu pusingan kedua melibatkan pelajar bernama Choo Catherine dan Nur Adilah Shuhada.

  Proses pembelajaran adalah latihan praktikal kepada para pelajar. Antara pegawai dietetik yang terlibat ialah Puan Nor Syarahani Jusoh, Nur Hajra Mohd Makhatar, Puan Khairun Nisah Ibrahim dan Puan Kamarul Azmani Kamaruzaman yang melibatkan disiplin seperti  Surgikal Am, Medikal, Surgeri HDU, dan Paediatrik.


 
PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PUSINGAN PERTAMA
NURUMAIRAH BT HAFITZ DAN NORASMIHAN BT ENDOT


 
PELAJAR YANG TERLIBAT DALAM PUSINGAN KEDUA
CHOO CATHERINE DAN NUR ADILAH SHUHADA

No comments: