24 January 2017

Majlis Sekalung Budi Semarak Kasih Staf UPD, HUSM


Pada 1 Januari  2017, jam 12.00 – 1.30 petang, suatu Majlis  Sekalung Budi Semarak Kasih Staf UPD, HUSM telah diadakan bagi meraikan persaraan Puan  Norhayati dan Encik Wan Mohd Zuki serta pertukaran Puan Nurul Fatihah ke unit lain  telah berlangsung di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.


Majlis dimulai dengan aktiviti berselawat secara beramai-ramai yang diketuai oleh Encik Azhar.

Ucapan aluan dan penghargaan Tuan Haji Zulkifli mewakili Unit UPD, HUSM.

Staf sedang khusyuk mendengar ucapan Tuan Haji Zulkifli.
Antara staf yang hadir.
Amanat  terakhir daripada Encik Mohd Zuki.


Kata-kata terakhir daripada Puan Norhayati.



Upacara memotong kek sebagai simbolik perpisahan.

31 December 2016

Penempatan Latihan Pesakit Luar II Pelajar Dietetik USM Tahun 4, Sesi 16/17

Seramai 28 orang pelajar Dietetik Tahun 4, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Malaysia telah menjalani kursus GTD 406 ( Latihan Pesakit Luar II) selama 14 minggu, iaitu pada 4 September sehingga 15 Disember 2016 di Klinik Dietetik Pesakit Luar, Hospital USM.

Para pelajar sedang membuat perbincangan mengenai kes yang diuruskan.

Pelajar membentangkan rangka perancangan intervensi pesakit kepada penyelia latihan.

Mengambil butiran-butiran penting daripada pesakit untuk dinilai.
Sesi kaunseling diet sedang berlangsung sambil diperhatikan oleh penyelia latihan.




Seramai 4 orang Pegawai Dietetik Hospital USM telah terlibat secara langsung sebagai Pembantu Pengajar Klinikal (Dietetik) dalam memberi tunjuk ajar dan menyelia latihan tersebut.

1 September 2016

Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 5/2016

Saudara Anhar sedang memberi penerangan kepada hadirin.

Pada 24 Mei 2016, jam 12.00 – 1.15 petang, satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 5/2016, yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Anhar,  dari Unimed Sdn Bhd, telah berlangsung di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

 
Antara sub-topik yang dibincangkan.


Tajuk CDE pada kali ini adalah "Update Regarding British Biological Products". CDE ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Dietetik HUSM dan PPSK serta para pelajar Dietetik USM yang sedang menjalani latihan praktikal klinikal di Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

30 June 2016

Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 4/2016

Tn. Hj. Zulkifli sedang mempengerusikan majlis.


Pada 26 April 2016, jam 12.00 – 1.15 petang, telah berlangsung satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 4/2016, yang bertajuk "Nutrition for Surgery"di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

Antara 'study' yang menjadi rujukan.


Penyampai pada kali ini adalah Saudari Wan Farah Nadia, wakil dari Kotra Pharma (M) Sdn. Bhd. CDE ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Dietetik HUSM dan PPSK serta para pelajar Dietetik USM yang sedang menjalani latihan praktikal klinikal di Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

30 April 2016

Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 3/2016,


Pada 12 April 2016, jam 12.00 – 1.15 petang, telah berlangsung satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 3/2016, yang disampaikan oleh Saudari Sherfenny Ong dari Mead Johnson Nutrition (M) Sdn Bhd. di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.



Tajuk CDE pada kali ini adalah "DHA for Brain Development". 




CDE ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Dietetik HUSM dan PPSK serta para pelajar Dietetik USM yang sedang menjalani latihan praktikal klinikal di Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.

31 March 2016

Seminar Perlaksanaan Jaminan Halal GMP

Pada 8 Mac 2016, telah pun berlangsung Seminar Jaminan Halal GMP, anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  dengan jayanya.

Lokasi program: Bilik Kuliah 1, Bangunan Trauma


Tn. Hj. Zulkifli sedang memberi ucaptama dan pengisian kepada peserta

Antara tajuk yang ditekankan

Para peserta tekun mendengar pengisian yang disampaikan

Seminar yang berobjektif sebagai salah satu pembelajaran  berterusan secara berkala mengenai Sistem Kualiti dan Perlaksaan Halal dalam bidang penyediaan makanan dan minuman ini  telah disertai oleh sebilangan besar staff UPD, HUSM.


Pn. Rimei Saliha sedang menerangkan mengenai prosedur persijilan halal dan ISO 9001:2008

Aspek psikologi dan motivasi juga turut ditekankan dalam program ini

Interaksi santai peserta-peserta bersama penceramah

Borang evaluasi untuk penambahbaikan program

Dengan berakhirnya program ini, diharapkan  kualiti dalam perkhidmatan penyediaan makanan dapat dikekalkan dan segala kekurangan dapat ditambahbaik dari masa ke semasa.

29 February 2016

Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 2/2016

Pada 16 Februari 2016, jam 12.00 – 1.00 petang, telah berlangsung satu Continuous Dietetic Education (CDE) Bil 2/2016, yang disampaikan oleh Saudara Hafizi dari Danone Dumex (M) Sdn Bhd di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.


Para Pegawai Dietetik sedang mendengar taklimat daripada Saudara Hafizi.

Saudara Hafizi sedang memberi penerangan mengenai tajuk yang disampaikan.


Antara 'point' yang di'highlight'kan.

Tajuk CDE pada kali ini adalah "Soy-Based Products". CDE ini telah dihadiri oleh semua Pegawai Dietetik HUSM dan PPSK serta para pelajar Dietetik USM yang sedang menjalani latihan praktikal klinikal di Unit Pemakanan & Dietetik, HUSM.