19 August 2011

SEMINAR PENINGKATAN PENYEDIAAN MAKANAN

UPD telah menganjurkan Seminar Peningkatan Penyediaan Makanan bertempat di Hotel New Pacific pada 4 & 5 Julai 2011. Seminar ini telah dihadiri oleh kakitangan yang terlibat dalam sektor pemakanan dari seluruh Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan ialah:

1. Masakan Sihat dan Berkualiti
   Oleh: En Ramli Bin Jasam, Institut Jantung Negara
    - Kepentingan makanan halal di dalam masakan yang dihidangkan
    - Kemahuan pengguna (pesakit) seperti makanan yang enak dan lazat, segar, murah dan mudah disediakan.

2. Pemakanan Sihat & Piramid Makanan Malaysia
   Oleh: Pn. Tengku Fatimatul Binti Tengku Hassim, Pegawai Sains (Zat Makanan) KK Pengkalan Chepa.
    - Kepentingan makanan yang sihat berasaskan piramid makanan.

3. Penyediaan Menu Resepi Piawai Hospital
   Oleh: Pn. Wan Rimei Salha Binti Wan Abdul Rani, Pegawai Dietetik HUSM
    - Maksud resepi piawai, kelebihan menggunakan resepi piawai dan langkah-langkah dalam penyediaan resepi piawai.

4. Peranan Staf Dalam Perawatan
   Oleh: Pn.Siti Azima Binti Awang, Pegawai Dietetik HUSM
    - Tentang tanggungjawab kakitangan hospital.
    - Staf perlu peka dengan bidang tugas masing-masing dan perlu bekerjasam dengan kakitangan lain untuk memastikan rawatan terbaik dapat diberikan kepada pesakit.

5. Perkhidmatan Sajian Berkualiti
   Oleh: Tuan Haji Zulkifli Bin Awang, Timb.Pengarah Unit Pemakanan & Dietetik
    - Menekankan tentang aspek kualiti, ISO, cara berkomunikasi dan disiplin dalam pekerjaan.


Antara puluhan peserta dari seluruh negeri di Mala\ysia

Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan

Bangun semua!!! Kita adakan senaman....



18 August 2011

PERLAWANAN FUTSAL ANTARA STAF UPD

Perlawanan futsal antara staf UPD telah berlangsung pada 7 MEI 2011 pada jam 5 - 6 petang, bertempat di REAL 7 FUTSAL, Pasir Tumboh. Perlawanan ini telah disertai oleh 21 orang staf termasuk 5 orang AJK Kebajikan Staf. Staf dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu:

Kumpulan 1
1. Nasrul Arifin
2. Halwadiin Hasan
3. Rusli Md Sohor
4. Illias Mohamad
5. Mohd Syamsul Rizal Ramli
6. Mohd Nasarudin Mohideen
7. Azimin Hamzah

Kumpulan 2
1. Nik Muhd Afiz Ishak
2. Mohd Khairul Zakaria
3. Mohd Fahmi Mat Nawi
4. Mohd Azlan Mohd Pauzi
5. Azhar Mustapha
6. Husni Haikal Abdul Hadi
7. Nik Sham Baharum Wan Ismail
8. Faizal Abdullah

Kumpulan 3
1. Ahmad Zaiyed Al Rafik Ismail
2. Mohd Ridzuan Yaacob
3. Wan Abshah Rizal Wan Abdullah
4. Mat Sayuti Mat Hadzari
5. Mahadi Mohamed
6. Rukun Ismail
7. Wan Mohd Suhaimi Wan Sulaiman

Perlawanan ini dianjurkan bagi mengeratkan lagi hubungan sesama staf dan mengamalkan budaya hidup yang sihat.

Perlawanan ini dimenangi oleh KUMPULAN 1



Azimin.... Wakil kumpulan 1 menerima hadiah yang disampaikan oleh Pn Nor Syarahani


Wakil Kumpulan 2..... di tempat ke-2


Jangan risau..... semua pemain dapat hadiah masing-masing




Kursus Pengendali Makanan Siri 1 & 2

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan kursus wajib kepada semua staf dan  dibahagikan kepada dua sesi. Kursus Pengendali Makanan siri 1 telah diadakan dengan jayanya pada 19hb April 2011  dan siri 2 diadakan pada 24hb Mei 2011 bertempat di Dewan Rufaida, HUSM. Kursus ini bermula dari jam 8.10 hingga pukul 4.30 petang.

Kursus Pengendali Makanan siri 1 dan 2 telah dihadiri oleh semua staf UPD yang terdiri daripada Penolong Pegawai Penyediaan Makanan, Tukang Masak, Pembantu Am Pejabat (sajian) dan Pembantu Am Pejabat.

Topik Pertama  : Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
                         : Tn.Hj.Zulkifli Awang, U52
                           Timbalan Pengarah (Pemakanan & Dietetik), HUSM
                            - staf perlu lebih mesra dengan pelanggan (pesakit).

Topik Kedua    : Polisi dan Prosedur Kualiti
                         : Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani, U44
                           Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan & Dietetik), HUSM
                           - Membincangkan tentang prosedur kerja yang betul dari awal proses penerimaan bahan mentah, penyediaan, menghidang di trayline dan seterusnya dihidangkan kepada pesakit.

Topik Ketiga    : Sanitasi dan Keselamatan Makanan
                         : En.Mohd Yusma Anuar b. Mohd Yusof, C41
                           Pegawai Teknologi Makanan, Jabatan Kesihatan Kelantan.
                           - Membincangkan tentang aspek kebersihan dan keselamatan dari segi makanan dan juga kebersihan pengendali makanan.

Topik Keempat : Asas Pertolongan Cemas : Melecur & Luka Pendarahan
                          : Dr. Mohd Zikri Ahmad, DU45
                            Pensyarah & Pegawai Perubatan,
                            Unit Kemalangan & Kecemasan, PPSP.
                            - Membincangkan tentang asas pertolongan cemas dan cara menangani sekiranya berlaku sebarang kemalangan kecil di kawasan tempat kerja.


 Komunikasi dan Kualiti Dalam Perkhidmatan
disampaikan oleh Tn.Hj.Zulkifli Awang


Polisi dan Prosedur Kualiti
disampaikan oleh Pn. Wan Rimei Salha Wan Abd.Rani



Antara peserta yang sedang khusyuk mendengar ceramah.