14 December 2013

BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN 2013


  Pada tahun ini Bengkel Pemantapan Sajian 2013 telah diadakan pada 10 April 2013 dan 10 Jun 2013 bertempat di Bilik Taklimat 1, Blok Pembelajaran dan Sumber Pelajar, PPSP. Bengkel ini berlangsung selama satu hari dan melibatkan hampir keseluruhan staf Perkhidmatan Sajian Unit Pemakanan dan Dietetik.

  Bengkel ini bermaklamat untuk:
  1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan, serta menanam semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan
  2. Memastikan aktiviti-aktivit tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit
  3. Mendedahkan staf pada isu-isu terkini yang berkaitan dengan perkhidmatan sajian.

  Antara impak latihan yang diharapkan ialah:
  1. Mampu mewujudkan jaringan kerja, komunikasi berkesan antara penyelia dan staf, staf dan pesakit 
  2. Meningkatkan keupayaan mengubah sikap staf kearah positif, menerima dan melakukan perubahan
  3. Meningkatkan mutu peningkatan
  4. Meningkatkan kesedaran untuk mengaplikasikan teori kepada praktikal terutama aspek kesihatan

  Topik-topik yang disampaikan ialah
  1. Kualiti Sistem Perkhidmatan Sajian (Tn Hj Zulkifli Awang)
  2. Ketrampilan dan Keperibadian Staf dalam Perkhidmatan (Pn Nor Asiah Ali)
  3. Pengawalan Kualiti, Keselamatan dan Penjimatan Dalam Penyediaan/ Penyajian Makanan (Pn Wan Rinei Salha Wan Abdul Rani)
  4. Keperluan Penjagaan Kesihatan Staf (Pn Nor Syaharani Jusoh)
 
LATIHAN STAF
10 APRIL 2013



LATIHAN STAF
10 JUN 2013


 ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG BENGKEL













































No comments: