19 December 2012

BENGKEL PEMANTAPAN PERKHIDMATAN SAJIAN

Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Bengkel Pemantapan Perkhidmatan Sajian khusus kepada kumpulan sokongan di UPD bagi memenuhi keperluan perkhidmatan. Bengkel ini diadakan sebanyak 2 kali bagi memastikan semua staf sasaran dapat melibatkan diri iaitu pada 18 JUN 2012 dan 10 JULAI 2012 yang lalu. Antara matlamat kursus ialah:
1. Meningkatkan dan meluaskan pengetahuan, tahap kecekapan,motivasi serta menanamkan semangat kerjasama di kalangan kakitangan.
2. Memastikan aktiviti-aktiviti tugas dapat diurus dan dilaksanakan dengan menepati keperluan bidang unit.
3. Mendedahkan staf kepada isu-isu terkini yang berkaitan dengan Perkhidmatan Sajian.



No comments: