7 December 2011

HARI KELUARGA UPD 2011

Pada 16hb September 2011, Jawatankuasa Kebajikan Staf  telah berjaya mengadakan Hari Keluarga UPD 2011 yang bertempat di Redzwan Beach Resort, Melawi. Pendaftaran bermula pada pukul 4.30 petang. Kehadiran amat menggalakkan dengan penyertaan 53 buah keluarga  yang terdiri daripada suami/ isteri staf, serta anak-anak memberikan jumlah keseluruhan seramai 200 orang. Tujuan utama program sebegini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim sesama staf dan juga beriadhah.
Dua aktiviti utama yang dijalankan ialah acara sukaneka pada sebelah petang manakala pada sebelah malamnya pula aktiviti cabutan bertuah sambil menikmati hidangan BBQ.

Sukaneka Dewasa
-Boling Kelapa (Lelaki & Perempuan)
-Ikat Kaki 3 (Berpasangan Lelaki & Perempuan)
-Bolasepak Pantai (Lelaki)

Sukaneka Kanak-Kanak
-Meniup belon paling besar
-Berebut Coklat
-Isi Air Dalam Botol.

Cepat adik-adik.....Kutip semua gula-gula tu!!!

Inilah barisan boling profesional UPD...

No comments: