26 August 2023

Hari Warga Staf USM 2023

Hari Warga Staf USM telah diadakan pada 26 Ogos 2023 yang mana Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) menjadi penganjur atau tuan rumah pada tahun ini. Kontinjen yang berentap dalam aktiviti Hari Warga Staf termasuklah Kacip Fatimah,Misai Kucing, Halia Bara, Duri Tujuh, Serai Wangi dan Jarum Mas yang mana pemenang keseluruhan bagi Hari Warga Staf 2023 ialah Misai Kucing (PPSK) dengan jumlah markah sebanyak 680 manakala diikuti oleh Kacip Fatimah (Hospital USM) 570 mata dan tempat ketiga ialah Duri Tujuh (Fakulti kejuruteraan) 390 mata.

Terdapat banyak aktiviti yang dilaksanakan dan staf Unit Pemakanan dan Dietetik juga aktif menyertai setiap aktiviti yang dipertandingkan iaitu Hip-Hip Hooray, Larian Campuslauf, Masterchef, Sukaneka, Scavenger Hunt akhir sekali pementasan malam kebudayaan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga Hospital USM yang menyertainya terutamanya staf Unit Pemakanan dan Dietetik yang turut aktif menyokong aktiviti yang dijalankan. 









21 August 2023

Lawatan Pelajar Antarabangsa Bournemouth University, Brazil ke Unit Pemakanan dan Dietetik

 21 Ogos 2023- Unit Pemakanan dan Dietetik telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Bournemouth, Brazil. Seramai 4 orang pelajar antarabangsa telah datang ke UPD, Hospital USM untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana sistem dapur hospital berfungsi selain daripada tugas pegawai dietetik di Klinik Dietetik Pesakit Luar melakukan kaunseling pemakanan kepada pesakit yang dirujuk oleh pegawai perubatan untuk mendapatkan Terapi Pemakanan Klinikal. 

    Ketibaan pelajar antarabangsa daripada universiti tersebut disambut baik oleh pegawai dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK) dan mereka juga telah diberi taklimat ringkas mengenai proses pembelajaran sebagai pelajar dietetik serta kursus yang ditawarkan.

    Mereka juga telah melawat beberapa bahagian penting di dapur hospital iaitu di bahagian sajian dan penyediaan.





4 July 2023

Sesi CSSE Bil 7/2023 (Latihan Industri UPD)

 4 Julai 2023- Satu pembentangan telah dilakukan oleh Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Pemakanan UNISZA oleh Nurul Khairina Asiah bt Pandi dan Nurhafiza bt Ismail manakala Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan, UITM oleh Nor Zulaikha bt Alias. Masing-masing membentangkan Laporan Latihan Industri di UPD dan juga Projek Mini yang telah dilaksanakan sepanjang tempoh Latihan Industri berjalan.Pembentangan telah dilakukan pada jam 2:15 petang sehingga 5:00 petang bertempat di Bilik Operasi UPD dan seca
ra maya dengan pautan webex yang telah diberikan.

20 June 2023

Audit Dalaman Siri 1 Dietetik di Unit Pemakanan dan Dietetik

 8 Jun 2023- Telah diadakan Audit Dalaman Siri 1 di dapur hospital dan juga pejabat UPD. Masa bermula pada 10 pagi dan auditor termasuklah Pn Nur Fariha, KJ Murni dan Pn Nour Aida Azreena. Audit bermula pada pukul 9:30 pagi bertempat di Bilik Operasi, UPD

21 Jun 2023- Audit Dalaman Siri 1 telah dilaksanakan di Klinik Dietetik UPD pada jam 10.00 pagi. Audit dalaman telah dillakukan dengan taklimat ringkas kepada Auditor terlibat di Bilik Operasi Klinik Dietetik, Pesakit Luar. Audit Dalaman ini telah diketuai oleh Puan Nor Syarahani, ketua bahagian klinikal dietetik dan juga Puan Khairun Nisah selaku person in charge bagi Klinik Dietetik.




































 


Kursus Penerapan Amalan Keselamatan Pengendali Makanan Siri 1& 2 Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM

Unit Pemakanan dan Dietetik - Pada 20 Jun 2023, UPD telah mengadakan Kursus Penerapan Amalan Keselamatan Pengendali Makanan Siri 1& 2 Unit Pemakanan dan Dietetik, Hospital USM bertempat di Bilik Seminar Aras 2 Bangunan Pentadbiran Hospital USM selama satu hari. Kursus ini dimulakan dengan pendaftaran pada pukul 8.10 pagi-8.30 pagi. Terdapat beberapa slot menarik yang diketengahkan dalam kursus ini seperti HIRAC di dalam Keselamatan Kakitangan dan Persekitaran, Gangguan Pendengaran dan Risiko Ke Atas Kakitangan, Prosedur Kerja Selamat, Pengurusan Ergonomik di Tempat Kerja dan lain-lain. Setiap slot disampaikan oleh beberapa orang Pegawai Dietetik iaitu Pn Wan Rimei Salha, Pn Siti Azima, Pn Ruqayyah dan Pn Kamarul Azmanie. Seorang [encermaha luar telah dijemput iaitu En. Mohd Khairy Hussain selaku Pegawai Pemulihan Perubatan Pendengaran U48, Hospital USM dalam slot yang bertajuk Gnagguan Pendengaran dan Risiko Ke Atas Kakitangan. Kursus ini telah memberi impak positif kepada staf UPD bagi memastikan Amalan Keselamatan Pengendali Makanan dapat diamalkan secara berkesan. 








17 May 2023

Sambutan Hari Raya Aidilifitri 2023

 17 Mei 2023- Unit Pemakanan dan Dietetik telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilifitri Peringkat Jabatan bertempat di Bilik Operasi UPD.  Sambutan ini telah diadakan bermula jam 11:00 pagi dengan bacaan doa oleh Encik Zaiyed serta ucapan daripada Ketua Unit Pemakanan dan Dietetik. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Encik Wan Muhammad Amirul Azeem.Semua staf Unit Pemakanan dan Dietetik termasuk pelajar dietetik tahun akhir USM dan UNISZA terlibat sama dalam melakukan persiapan Majlis ini. Jemputan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ini telah dimeriahkan lagi daripada jabatan dan unit lain seperti Jabatan Fisiologi, Unit Pematuhan Risiko, pegawai dietetik PPSK dan lain-lain. Terdapat banyak juadah hari raya yang telah disediakan oleh semua staf UPD termasuklah roti jala, nasi tomato, laksa, kuih muih dan soto.











8 March 2023

Majlis Keraian Ramadhan 2023 dan Penyampaian Hadiah Staf Cemerlang 2022

 23 Mac 2023 - Unit Pemakanan dan Dietetik Hospital USM di bawah Jawatankuasa Kebajikan UPD telah mengadakan Majlis Keraian Ramadhan 2023 dan Penyampaian Hadiah Staf Cemerlang 2022 bertempat di Bilik Operasi UPD, Hospital USM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembukaan dan ucapan oleh Ketua Unit UPD, Puan Wan Rimei Salha. Sepanjang majlis berlangsung pengagihan kurma kepada semua staf UPD telah diadakan. Selain itu, Seramai 4 orang staf telah dipilih sebagai staf cemerlang untuk bulan Januari sehingga Mac 2022itu Encik N.A Rahman dari bahagian penyediaan dan Encik Husni Haikal Abd Hadi di bahagian sajian pemakanan. Bagi Bulan April sehinggan Jun 2022 ialah En. W Othman, bulan Julai sehingga September ialah Puan Nor Yusmira Yusoff serta Oktober sehingga Disember 2022 ialah Encik Ahmad Subki Abdullah. Majlis berakhir pada 1.15 tengah hari.