31 October 2020

Latihan Industri Pelajar

 Unit Pemakanan dan Dietetik telah menerima beberapa orang pelajar dari 3 Institut Pengajian Tinggi untuk menjalani latihan industri. 

Kumpulan pelajar pertama adalah dari Universiti Teknologi Mara Terengganu. Mereka telah menjalani latihan bermula 3 Februari 2020.

Kumpulan kedua pelajar dari Universiti Malaysia Sabah yang telah menjalani latihan bermula 10 Februari 2020. Mereka merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan.

Kumpulan ketiga adalah pelajar dari UITM Terengganu iaitu pelajar Ijazah Sarjana Muda Perkhidmatan Makanan. Latihan mereka bermula pada 23 Februari 2020.

20 September 2020

Seminar Pensijilan Halal Siri 2

 Pada 12 Ogos 2020 yang lalu, Seminar Pensijilan Halal Siri 2 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar PTI, Blok Pentadbiran USM. Seminar sesi 2 ini sepatutnya berlangsung pada 17 Mac yang lalu telah ditangguhkan sehinggan 12 Ogos berikutan dengan pandemik Covid'19 yang telah melanda seluruh dunia.

Sesi 2 ini telah dihadiri oleh 50 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan UPD.





15 August 2020

Audit Pensijilan Halal Malaysia 2020

Bertarikh 14 Julai yang lalu, satu Audit Pensijilan Malaysia telah diadakan di Unit Pemakanan dan Dietetik HUSM (UPD). Audit tersebut telah dijalankan oleh Bahagian Pengurusan Halal, Jabtan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEIK).




Audit bermula pada jam 9.00 pagi dan sepanjang audit berlangsung, Pegawai Auditor telah diiringi oleh Ahli Jawatankuasa Taskforce Halal yang terdiri daripada beberapa Pegawai Dietetik dan Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.


31 July 2020

COVID'19

Akibat penularan Coronavirus yang melanda Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

Oleh itu, pihak HUSM telah mengambil inisiatif untuk meminimumkan perkhidmatan klinik-klinik yang berada di hospital, termasuk Klinik Dietetik. Untuk Klinik Dietetik, kes-kes yang diterima hanyalah yang memerlukan intervensi segera seperti kes Gestational Diabetes Mellitus (GDM), Kanser atau Ryle's Tube Feeding. Selain dari itu, bilangan pesakit yang dimasukkan ke wad juga dihadkan.

24 June 2020

Seminar Pensijilan Halal Siri 1

Pada 18 Februari 2020 yang lalu, satu seminar mengenai pensijilan halal telah dijalankan. Seminar tersebut telah berlangsung selama 1 hari bertempat di Bilik Seminar PTI, Blok Pentadbiran HUSM.







29 May 2020

Latihan Industri Pelajar Sarjana Muda Sains Makanan

Seramai 5 orang pelajar Sarjana Muda Sains Makanan telah menjalani latihan industri di Unit Pemakanan dan Dietetik (UPD) yang bermula pada 2 Februari 2020 hingga 21 Mei 2020.















Sepanjang latihan berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara yang berkaitan dengan perkhidmatan makanan.

Semoga segala ilmu yang diperoleh sepanjang latihan dapat dipraktikkan pada masa hadapan


27 April 2020

Majlis Persaraan Pn Fatimah Wati Dahalan

Pada 3 Mac 2020 yang lalu, satu majlis persaraan Puan Fatimah Wati Dahlan telah berlangsung. Majlis terse but telah diadaken di Bilik Operasi, Unit Pemakanan & Dietetik HUSM.

Puan Fatimahwati merupakan seorang Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C32 yang sanat berdedikasi dalam melaksanakan tugas beliau.

Diharapkan Puan Fatimah Wati terus berjaya dalam apa pun jua yang diceburi selepas ini.