Seramai 29 orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Kesihatan (Dietetik) telah menjalani latihan Dietetik Pesakit Luar 2 bermula pada 8 September 2019 dan berakhir pada 12 Disember 2019.
Sepanjang latihan tersebut berlangsung, para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai perkara termasuk juga kaunseling berkumpulan.
13 January 2020
Latihan Industri Pelajar Perkhidmatan Makanan
Pada 29 Julai 2019 hingga 25 November 2019, seramai 7 orang pelajar yang terdiri daripada 3 pelajar diploma dan 4 pelajar Ijazah Sarjana Muda dari UITMtelah menjalani latihan perkhidmatan makanan di dapur Hospital Universiti Sains Malaysia.
Sepanjang tempoh latihan tersebut, para pelajar telah didedahkan terhadap segala proses yang dilakukan di dapur. Diharapkan hasil dari lathian ini, para pelajar dapat mempraktikkan ilmu yang diperoleh di masa akan datang.
1 December 2019
Majlis Persaraan Pn Sabariah & En Nasri
Pada 29 Ogos 2019, satu majlis persaraan telah diadakan untuk meraikan dua staf UPD yang bersara, iaitu Pn Sabariah dan En Nasri. Majlis tersebut telah dihadiri oleh kesemua staff UPD. Diharapkan kedua-dua mereka terus maju jaya dalam apa sahaja yang dilakukan selepas ini.
Seminar on Effective Weight Loss Management
Satu seminar bertajuk Seminar on Effective Weight Loss Management telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2019. Seminar ini merupakan anjuran Unit Pemakanan & Dietetik Hospital Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Program Pemakanan & Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Unit Pembangunan Korporat Hospital USM dan Kelab DIETNUTRI Negeri Kelantan.
Seminar ini telah disertai oleh 104 orang perserta yang terdiri daripada pelbagai bidang dan profesional. Berikut merupakan senarai penceramah yang mempunyai bidang kepakaran dalam pengurusan berat badan:
- Asst. Prof. Dr. Jamilah Hanum Binti Abdul Khaiyom
- Encik Mohd Khairul Azuan Bin Din
- Encik Nurul Azuar Bin Hamzah
- Puan Siti Azima Binti Awang
- En. Mohd. Hairil Nizam Bin Abd Hamid
Diharapakan segala input yang diperolehi dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua peserta yang hadir.
3 November 2019
Hari Keluarga UPD 2019
Pada 26 Julai 2019, Jawatankuasa Kebajikan UPD telah mengadakan aktiviti Hari Keluarga yang telah diadakan di Bayu Melawi Chalet.
Hari keluarga tersebut telah dihadiri oleh 61 orang staf. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memupuk semangat kasih sayang di antara staff UPD.
Pelbagai aktivit telah berjaya dilaksanakan semasa Hari Keluarga tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
Hari keluarga tersebut telah dihadiri oleh 61 orang staf. Dengan adanya aktiviti seperti ini, ia mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping memupuk semangat kasih sayang di antara staff UPD.
Pelbagai aktivit telah berjaya dilaksanakan semasa Hari Keluarga tersebut. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat dilaksanakan pada tahun-tahun akan datang.
30 October 2019
Jamuan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019
Pada 4 Julai yang lalu, satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfirtri telah diadakan oleh Unit Pemakanan dan Dietetik HUSM. Jamuan ini telah disertai oleh semua pegawai dan staff UPD. Program seperti mampu untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan keluarga UPD.
30 September 2019
Continuous Staff & Student Education (CSSE)
Terdapat 6 sesi CSSE telah diadakan sepanjang latihan klinikal pelajar tahun akhir dietetik. Tujuan CSSE ini diadakan adalah untuk menggilap dan memperbaiki kes yang di uruskan di dalam wad.
Para pelajar akan memilih 1 kes untuk dibentangkan semasa sesi CSSE. Berikut merupakan tarikh CSSE berlangsung.
Tarikh
|
Kumpulan
|
5 Mac 2019
|
A & C
|
12 Mac 2019
|
B & D
|
31 Mac 2019
|
P2 & P4
|
4 April 2019
|
P1 & P3
|
23 April 2019
|
A & C
|
30 April 2019
|
B & D
|
Subscribe to:
Posts (Atom)