9 December 2014

PENEMPATAN LAWATAN PROFESIONAL PELAJAR DIPLOMA KEJURURAWATAN PPSK TAHUN 1 SEMESTER 1 DI HUSM

Hampir menjadi rutin tahunan, Unit Pemakanan dan Dietetik akan menerima pelajar Diploma Kejururawat Pusat Pengajian Sains Kesihatan untuk Penempatan Lawatan Profesional di HUSM. Selain UPD, pelajar ini juga turut melawat ke Unit Dobi, Unit Rekod Perubatan dan juga Unit Mortuari. Pada kali ini seramai 56 orang pelajar terlibat dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. sebelum dibawa melawat sekitar kawasan Penyediaan dan Sajian UPD, pelajar terlebih dahulu diberikan taklimat pembukaan kepada setiap kumpulan yang dijadualkan pada 2 Dis, 9 Dis, 16 Dis dan 23 Dis 2014.

Sesi taklimat kepada pelajar kumpulan pertama pada 2 Disember 2014.

8 December 2014

28 SEPTEMBER 2014 ~ AUDIT DALAMAN 5S KALI KE-2


Audit ke-2 telah berlangsung  28 September 2014 di Unit Pemakanan dan Dietetik dan telah diaudit oleh auditor berpengalaman Pn Maznah Ismail dan Pn Ruhaiza Alias. Alhamdulillah pada kali ini, Unit Pemakanan dan Dietetik di dalam Subzon Pemakanan  telah sekali lagi mendapat penghargaan kerana mendapat markah melebihi 90%. Tahniah dan syabas kepada semua staf yang terlibat!


6 JULAI - 28 OGOS 2014~ LATIHAN SANGKUTAN PERKHIDMATAN KLINIKAL PEGAWAI DIETETIK UniSZA

Kami telah menerima dua (2) orang Pegawai Dietetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UniSZA iaitu
                  Pn Nurulhidayah Nazri
                  Cik Nur Shazleen Mohd Zaini
menjalani Latihan Sangkutan Perkhidmatan Klinikal selama hampir 8 minggu. Latihan ini bertujuan meningkatkan dan memantapkan kemahiran dietetik klinikal kepada Pegawai Dietetik UniSZA yang dilantik sebagai Instruktur Klinikal (CI) bagi mengendalikan pelajar yang terlibat dalam Latihan Klinikal Ijazah Sarjana Muda Dietetik (Kepujian) UniSZA.

Taklimat oleh Timbalan Pengarah, Tn Hj Zulkifli Awang pada hari pertama melaporkan diri di UPD
Sesi Audit Dietetik  untuk mantapkan latihan klinikal di HUSM

7 December 2014

26 JUN 2014~ MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN LOKER TERBAIK 2014

Sesuai dengan Aktiviti Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S,
 Unit Pemakanan dan Dietetik telah menganjurkan PERTANDINGAN LOKER TERBAIK 2014. Pertandingan ini terbuka kepada semua staf Pembantu Penyediaan Makanan dan Pembantu Operasi. Peserta diberi tempoh bagi mempersiapkan loker masing-masing bermula 11 - 17 Jun 2014 dan panel-panel hakim yang terdiri daripada Pegawai Dietetik telah dilantik untuk mengadili pertandingan ini pada minggu berikutnya.
Antara kriteria yang diambil kira adalah:
1. Kekemasan
2. Kreativiti
3. Sentiasa Amal
4. Menggunakan bahan kitar semula (Markah Bonus)

5 hadiah utama serta 10 hadiah saguhati telah disediakan.

JOHAN: Mohd Abd Syukur Ismail


                                                          
NAIB JOHAN: Siti Fatimah Draman






TEMPAT KE-3: Azlina Che Soh



TEMPAT KE-4: Fatimah Ismail





TEMPAT KE-5: Harnani Ab Halim



Sekitar Majlis Penyampaian Hadiah....

18 JUN 2014 dan 20 OGOS 2014~SEMINAR PENINGKATAN KUALITI MAKANAN 2014



Seminar anjuran Unit Pemakanan dan Dietetik ini telah diadakan dalam 2 siri bagi menyasarkan 100% penglibatan staf Penolong Pegawai Penyediaan Makanan  dan juga staf Pembantu Penyediaan Makanan.
Objekti seminar ini ialah:
1. menyegar, meningkat serta memperluaskan pengetahuan serta tahap kompetensi khusus staf
2. memberi pendedahan khusus untuk membantu penyediaan makanan cara-cara untuk meningkatkan kualiti  masakan agar dapat dipraktikkan ketika menjalankan tugas.

Antara kandungan latihan adalah Kualiti Masakan, Penyediaan Masakan Terapeutik, Sistem Kualiti MS ISO 9001:2008 serta Akreditasi Hospital dan Makanan Halal dan Amalan Pemakanan Menurut Islam yang disampaikan oleh Pegawai Dietetik UPD serta Timbalan Pengarah Pusat Islam Kampus Kesihatan USM.